PEGAWAI / PENOLONG PEGAWAI TADBIR (REKOD PERUBATAN)
KETUA DAN TIMBALAN KETUA PROFESION SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KKM BAGI TEMPOH JANUARI 2024 - DISEMBER 2025
KETUA PROFESION
| Nama |
Puan Nurulhuda binti Ramlan |
| Alamat Tempat Bertugas |
Pusat Infromatik Kesihatan |
| E-mel |
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
TIMBALAN KETUA PROFESION
| Nama |
Encik Mior Zakuan bin Ahmad |
| Alamat Tempat Bertugas |
Bahagian Perubatan |
| E-mel |
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
PENGENALAN PEGAWAI / PENOLONG PEGAWAI TADBIR (REKOD PERUBATAN)
Jabatan/Unit Rekod Perubatan telah diwujudkan pada tahun 1985 di hospital kerajaan dengan kumpulan perintis pertama terdiri daripada Pembantu Perubatan Gred C9 yang ditawarkan jawatan Penolong Pegawai Rekod Perubatan B11.
Pada tahun 1986, jawatan tersebut telah ditawarkan kepada pegawai berkelulusan diploma dan Sijil Tinggi Pelajaran dan kemudiannya diletakkan di bawah skim Penolong Pegawai Rekod Perubatan Gred B11. Kini, secara umumnya kelayakan yang diperlukan bagi perjawatan ini adalah diploma dan ijazah sarjana muda.
Skim ini telah diklasifi kasikan sebagai perkhidmatan tertutup oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan gelaran jawatan Penolong Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) Gred N6 apabila Sistem Saraan Baru (SSB) dilaksanakan. Jawatan Pengurusan & Profesional iaitu Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) N41 diwujudkan pada tahun 2005.



