JURU X-RAY (DIAGNOSTIK)
KETUA DAN TIMBALAN KETUA PROFESION SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KKM BAGI TEMPOH JANUARI 2024 - DISEMBER 2025
KETUA PROFESION
| Nama |
Encik Mohd Aiman bin Azmardi |
| Alamat Tempat Bertugas |
Hospital Putrajaya |
| E-mel |
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
|
TIMBALAN KETUA PROFESION
| Nama |
Puan Erliananiza binti Mohd Salim |
| Alamat Tempat Bertugas |
Institut Kanser Negara |
| E-mel |
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
PENGENALAN KEPADA JURU X-RAY (DIAGNOSTIK)
Perkhidmatan Pengimejan adalah satu perkhidmatan sokongan yang sangat diperlukan untuk menentukan diagnosis pesakit dan juga sebagai pandu arah dalam prosedur intervensi. Setiap hospital dan sebahagian daripada klinik kesihatan awam tidak boleh berfungsi secara efektif tanpa bantuan perkhidmatan pengimejan.
Pegawai Pengimejan/Juru X-Ray (Diagnostik) adalah anggota yang berkelayakan untuk menjalankan pemeriksaan radiologi bagi menghasilkan imej-imej perubatan untuk pakar-pakar dan pegawai perubatan menentukan diagnosis pesakit. Tanpa perkhidmatan Pegawai Pengimejan/ Juru X-Ray (Diagnostik), tugas-tugas pakar dan pegawai perubatan untuk menentukan keadaan patologi, abnormaliti dan pengurusan pesakit adalah amat sukar.
Pada masa kini peranan Pegawai Pengimejan/Juru X-Ray (Diagnostik) dalam perkhidmatan perubatan dan kesihatan adalah sangat penting terutama bagi pesakit kes-kes trauma, ortopedik, urologi, neurologi, pediatrik, kardiak, geriatrik, obstetrik dan ginekologi.
Teknologi perubatan berkembang dengan pesat di akhir ini. Dengan perkembangan teknologi, wujud modaliti-modaliti pengimejan yang canggih seperti :
a) Ultrasonografi ;
b) Perubatan Nuklear;
c) Multi-Slice & Dual Detector C.T. Scan;
d) Direct Digital Radiography System
e) Digital Fluoroskopi;
f) Angiografi dan radiologi Interventional
g) Magnetic Resonance Imaging ( MRI )
h) Photon Emision Tomography ( PET Scan )
Tugas Pegawai Pengimejan/Juru X-Ray (Diagnostik) pada masa kini dan masa akan datang adalah lebih kompleks dan mencabar dan memerlukan pengetahuan dan kemahiran yang lebih tinggi. Pegawai Pengimejan/Juru X-Ray (Diagnostik) perlu diberi peluang untuk meningkatkan pengetahuan mereka dalam bidang-bidang pengkhususan klinikal agar dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan.



