Copyright 2026 - BAHAGIAN SAINS KESIHATAN BERSEKUTU

PEGAWAI PSIKOLOGI KLINIKAL

KETUA DAN TIMBALAN KETUA PROFESION SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KKM BAGI TEMPOH JANUARI 2024 - DISEMBER 2025

KETUA PROFESION

Nama

YM Tunku Saraa-Zawyah binti YM Tunku Badli

Alamat Tempat Bertugas

Hospital Kuala Lumpur
Jalan Pahang
50586 Kuala Lumpur
W.P. Kuala Lumpur

E-mel

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

TIMBALAN KETUA PROFESION

Nama

Puan Umi Izzatti binti Saedon

Alamat Tempat Bertugas

Hospital Tengku Ampuan Rahimah
Jalan Langat
41200 Klang
Selangor

E-mel

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

PENGENALAN PEGAWAI PSIKOLOGI KLINIKAL

Statistik tahap kesihatan mental di kalangan penduduk Malaysia menunjukkan perangkaan yang membimbangkan. Bilangan pesakit mental dijangka akan terus meningkat dalam masa 10 tahun akan datang. Kajian beban penyakit oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meramalkan bahawa kemurungan akan menduduki tempat kedua teratas selepas penyakit jantung iskemia menjelang tahun 2020. Prevalens masalah kesihatan mental di kalangan kanak-kanak dan remaja (15 tahun ke bawah) menunjukkan trend yang meningkat daripada 13% pada tahun 1996 kepada 19.4% pada tahun 2006, dan 20.0% pada tahun 2011. Menurut  Tinjauan Kesihatan Mobiliti dan Kesihatan 2011 pula, 12% rakyat Malaysia berusia antara 18 dan 60 tahun berhadapan pelbagai jenis penyakit mental, iaitu seorang daripada enam (1:6) rakyat Malaysia mempunyai penyakit mental.

Pengurusan penyakit mental melibatkan pelbagai pihak dan salah satunya adalah perkhidmatan Psikologi Klinikal. Psikologi Klinikal secara umumnya merupakan salah satu profesion di bawah Sains Kesihatan Bersekutu yang menilai dan memberi rawatan ke atas pesakit yang memerlukan khidmat psikologi secara aplikasi klinikal. Pegawai Psikologi (Klinikal) dilatih dalam menilai, membuat diagnosis serta merawat kecelaruan mental, tingkah laku, emosi, personaliti dan masalah pembelajaran. Pegawai Psikologi (Klinikal) turut menggunakan pendekatan empirikal dalam pemilihan, penilaian dan modifi kasi dalam program rawatan.

Syarat lantikan ke jawatan Pegawai Psikologi (Klinikal) adalah berkelulusan Ijazah Sarjana atau Ijazah Doktor Falsafah (PhD/PsyD/DPsych) dalam bidang Psikologi Klinikal. Pada masa ini, Pegawai Psikologi (Klinikal) dilantik ke perkhidmatan awam di bawah Skim Perkhidmatan Pegawai Psikologi  yang diletakkan di bawah klasifi kasi perkhidmatan sosial dengan kod S bermula dari Gred S41, S44, S48, S52 dan S54. Selain Pegawai Psikologi (Klinikal), Pegawai Psikologi Umum dan Kaunselor turut dilantik di bawah skim perkhidmatan yang sama. Berdasarkan skim perkhidmatan tersebut, Pegawai Psikologi (Klinikal) dilantik pada gred S41 dengan berkelulusan sarjana.

Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu

Kementerian Kesihatan Malaysia

Aras 2, Blok A,

Bangunan Utama Chancery Place, Jalan Diplomatik 2,

Presint Diplomatik, Presint 15,

62050 Putrajaya.

Faks : 03-8890 1060

Tel  : 03-88901011

Emel : bskb@moh.gov.my

Laman Web : https://moh.gov.my/alliedhealth/

PENGIKTIRAFAN DAN PENSIJILAN

Terma dan Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
Hakcipta @2017 Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu,Kementerian Kesihatan Malaysia

Sesuai dipapar menggunakan IE Versi 8.0 & ke atas dan
Mozilla Versi 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768