Copyright 2026 - BAHAGIAN SAINS KESIHATAN BERSEKUTU

 

PEGAWAI / PENOLONG PEGAWAI PENYEDIAAN MAKANAN

 

KETUA DAN TIMBALAN KETUA PROFESION SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KKM BAGI TEMPOH JANUARI 2024 - DISEMBER 2025

 

KETUA PROFESION

Nama

Puan Rushaida binti Zulkuply

Alamat Tempat Bertugas

Hospital Tengku Ampuan Afzan
Jalan Tanah Putih
25100 Kuantan
Pahang

E-mel

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 


TIMBALAN KETUA PROFESION

Nama

Puan Kufrizan binti Kubut 

Alamat Tempat Bertugas

Institut Kanser Negara
No.4, Jalan P7
Presint 7
62250 PUTRAJAYA
WP Putrajaya

E-mel

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

PENGENALAN PEGAWAI / PENOLONG PEGAWAI PENYEDIAAN MAKANAN

Profesion Pegawai dan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan terdiri daripada dua (2) kumpulan perkhidmatan yang berbeza iaitu kumpulan pengurusan dan profesional dan kumpulan pelaksana yang bertanggungjawab di dalam pengurusan perkhidmatan makanan.

Skim perkhidmatan PPM dan PPPM diletakkan di bawah klasifi kasi Perkhidmatan Sains dengan Kod C. Syarat lantikan ke gred C41 ialah Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Perkhidmatan Makanan daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) atau Sarjana Muda Sains Makanan (Perkhidmatan Makanan dan Pemakanan) Universiti Malaysia, Terengganu (UMT) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan atau melalui perbekalan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) daripada skim Perkhidmatan PPPM dengan memenuhi syarat lantikan yang ditetapkan.

Pengurusan perkhidmatan makanan di hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) beroperasi secara inhouse dan outsource. Perkhidmatan makanan secara inhouse bermaksud keseluruhan aktiviti penyediaan makanan dilaksanakan oleh anggota yang berkhidmat di hospital / institusi KKM di mana kaedah penghidangan dijalankan secara pukal (Bulk System) dan/atau berpusat (Centralized Plating System) mengikut keperluan fasiliti. Bagi perkhidmatan makanan secara outsource bermaksud keseluruhan proses penyediaan makanan dilaksanakan oleh syarikat yang dilantik dengan menjalankan kaedah penghidangan makanan secara berpusat (Centralised Plating System) di mana aktiviti pemantauan dan penilaian terhadap penyediaan makanan dilaksanakan oleh Pegawai Penyediaan Makanan (PPM) dan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan (PPPM) yang berkhidmat di hospital/institusi KKM.

Perkhidmatan makanan ini disediakan untuk pesakit dalam, pesakit rawatan harian, ibu mengiringi anak (MAC) dan anggota kesihatan yang berkelayakan di hospital/institusi KKM mengikut waktu hidangan yang telah ditetapkan.

 

Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu

Kementerian Kesihatan Malaysia

Aras 2, Blok A,

Bangunan Utama Chancery Place, Jalan Diplomatik 2,

Presint Diplomatik, Presint 15,

62050 Putrajaya.

Faks : 03-8890 1060

Tel  : 03-88901011

Emel : bskb@moh.gov.my

Laman Web : https://moh.gov.my/alliedhealth/

 

PENGIKTIRAFAN DAN PENSIJILAN

 

 

Terma dan Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
Hakcipta @2017 Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu,Kementerian Kesihatan Malaysia

Sesuai dipapar menggunakan IE Versi 8.0 & ke atas dan
Mozilla Versi 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768