PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN (FISIOTERAPI)
KETUA DAN TIMBALAN KETUA PROFESION SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KKM BAGI TEMPOH JANUARI 2024 - DISEMBER 2025
KETUA PROFESION
| Nama |
Encik Mohd Helmi bin Hashim |
| Alamat Tempat Bertugas |
Hospital Sultanah Bahiyah |
| E-mel |
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
TIMBALAN KETUA PROFESION
| Nama |
Encik Mohd Kamarulzaman bin Tajudin |
| Alamat Tempat Bertugas |
Klinik Kesihatan Bandar Botanik |
| E-mel |
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
PENGENALAN PROFESION PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN (FISIOTERAPI)
Perkhidmatan Fisioterapi terdiri daripada dua (2) skim perkhidmatan iaitu Pegawai Pemulihan Perubatan Fisioterapi dan Jurupulih Perubatan Fisioterapi. Mereka yang berkelulusan Ijazah diberi gelaran jawatan Pegawai Pemulihan Perubatan Fisioterapi manakala yang berkelulusan Diploma Fisioterapi diberi gelaran Jurupulih Perubatan Fisioterapi. Keduadua profesion ini bekerjasama dalam menyediakan perkhidmatan fi sioterapi yang merangkumi aktiviti promosi kesihatan fi zikal dan mental, menganalisis, membuat diagnosis fi sioterapi dan memperakui, serta menjalankan rawatan fi sioterapi untuk memulih atau memulihkan semula sebarang kondisi fi zikal dan ketidakupayaan bagi mengembalikan atau memudahkan pergerakan dan keupayaan fungsi fi zikal dan mental ke tahap optimum.
Perkhidmatan Fisioterapi di perkhidmatan awam terdapat di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pertahanan, Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat serta Kementerian Belia dan Sukan. Di KKM, perkhidmatan Fisioterapi disediakan di hospital (di bawah Program Perubatan) dan di Klinik Kesihatan (primer) (di bawah Program Kesihatan Awam). Sehingga tahun 2015, Perkhidmatan Fisioterapi disediakan di 141 buah hospital dan 274 klinik kesihatan.
Di hospital, Perkhidmatan Fisioterapi disediakan untuk semua disiplin klinikal yang merangkumi peringkat akut, sub-akut dan kronik termasuk pesakit yang memerlukan penjagaan paliatif. Sementara di Klinik Kesihatan pula perkhidmatan yang diberikan lebih kepada pencegahan dan pemulihan disamping memberikan perkhidmatan perawatan domisiliari dan komuniti.
Prosedur Perawatan Fisioterapi adalah seperti, Electrotherapy Modalities, Thermal Therapy/Cryotherapy, Phototherapy, Cardiorespiratory therapy, Mechano therapy, Hydrotherapy, Manual therapy, Compression therapy/ Lymphoedema therapy, Tapping/bandaging/strapping, Special Techniques, Exercise therapy dan Structured Patient Education.



