JURU X-RAY (TERAPI)
KETUA DAN TIMBALAN KETUA PROFESION SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KKM BAGI TEMPOH JANUARI 2024 - DISEMBER 2025
KETUA PROFESION
| Nama |
Puan Norhafizah binti Abdullah |
| Alamat Tempat Bertugas |
Hospital Putrajaya |
| E-mel |
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
TIMBALAN KETUA PROFESION
| Nama |
Puan Mahayu binti Ismail |
| Alamat Tempat Bertugas |
Hospital Kuala Lumpur |
| E-mel |
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
PENGENALAN PROFESION JURU X-RAY (TERAPI)
Pegawai Pengimejan/Juru X-ray (Terapi) merupakan profesional sains kesihatan bersekutu yang mempunyai kepakaran dalam perawatan pesakit kanser dengan modaliti rawatan radioterapi menggunakan sinaran mengion.
Pegawai Pengimejan/Juru X-ray Terapi atau Ahli Terapi Radiasi bermaksud individu yang terlatih dan berdaftar sebagai Ahli Terapi Radiasi yang menjalankan prosedur sinaran perubatan dengan menggunakan sinaran mengion ke tubuh manusia untuk pengimejan terapi dan bagi tujuan rawatan seperti yang diluluskan oleh pihak berkuasa berkenaan.



