PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN (CARA KERJA)
KETUA DAN TIMBALAN KETUA PROFESION SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KKM BAGI TEMPOH JANUARI 2024 - DISEMBER 2025
KETUA PROFESION
| Nama |
Encik Yufaizal bin Yusuf |
| Alamat Tempat Bertugas |
Hospital Raja Perempuan Zainab II, |
| E-mel |
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
TIMBALAN KETUA PROFESION
| Nama |
YM Dr Tengku Mohd Asri bin YM Tengku Makhtar |
| Alamat Tempat Bertugas |
Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga |
| E-mel |
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
PENGENALAN PROFESION PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN (CARA KERJA)
Perkhidmatan Pemulihan Cara Kerja telah berkembang sejajar dengan perkembangan bidang perubatan, kepakaran dan subkepakaran dalam sistem kesihatan Malaysia. Dengan itu, peranan Pegawai Pemulihan Perubatan (Cara Kerja) dan tanggungjawab merupakan teras utama dalam pengurusan pesakit secara holistik, membantu menerajui visi dan misi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) demi memberi perkhidmatan Pemulihan Cara Kerja yang berkualiti, selamat dan berkesan.
Pegawai Pemulihan Perubatan (Cara Kerja) melibatkan diri secara langsung dalam merancang dan melaksanakan perkhidmatan Pemulihan Cara Kerja untuk kes kompleks dan melaksanakan modaliti rawatan khusus dalam bidang kepakaran dan subkepakaran. Segelintir Pegawai Pemulihan Perubatan (Cara Kerja) telah melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana bagi melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang lebih mendalam dalam bidang Pemulihan Cara Kerja. Jawatan Pegawai Pemulihan Perubatan (Cara Kerja) dikategorikan dalam kumpulan pengurusan dan profesional bermula dengan gred U41 hingga ke gred U54.
Pegawai Pemulihan Perubatan (Cara Kerja) berkhidmat dalam semua institusi perubatan dan kesihatan, institusi kebajikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Pendidikan Khas), institusi pertahanan dan Jabatan Perdana Menteri (PERMATA). Terdapat juga Pegawai Pemulihan Perubatan (Cara Kerja) yang berkhidmat di agensi swasta dan badan bukan kerajaan. Ini memudahkan pelanggan mencapai perkhidmatan Pemulihan Cara Kerja di komuniti.



