PEGAWAI SAINS (GENETIK)
KETUA DAN TIMBALAN KETUA PROFESION SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KKM BAGI TEMPOH JANUARI 2024 - DISEMBER 2025
KETUA PROFESION
| Nama |
Puan Nor Khatijah binti Mohd Aris |
| Alamat Tempat Bertugas |
Hospital Tunku Azizah |
| E-mel |
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
TIMBALAN KETUA PROFESION
| Nama |
Puan Nur Ashikin binti Azemi |
| Alamat Tempat Bertugas |
Hospital Tunku Azizah |
| E-mel |
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
PENGENALAN PROFESION PEGAWAI SAINS (GENETIK)
Pegawai Sains (Genetik) merupakan profesional yang berkhidmat di Makmal Genetik dalam pengurusan dan penganalisisan ujian-ujian asas dan khusus berkaitan dengan bidang genetik bagi mengesan pelbagai jenis penyakit terutamanya kecacatan kelahiran post natal, barah dan penyakit keturunan dengan penggunaan peralatan yang kompleks dan berteknologi tinggi.
Jawatan Pegawai Sains (Genetik) adalah dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional dengan klasifikasi perkhidmatan sains di bawah Kod C. Gredgred yang telah diwujudkan sehingga kini adalah gred C41 (16 jawatan), gred C44 (4 jawatan) dan gred C48 (2 jawatan). Sehingga kini kesemua jawatan ini adalah di Jabatan Genetik dan Jabatan Potologi Hospital Kuala Lumpur (HKL); Jabatan Hematologi, Hospital Ampang dan Special Diagnostic Centre (SDC), Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).
Secara umumnya, kelayakan asas menyertai profesion Pegawai Sains (Genetik) di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ialah ijazah Sarjana Muda Sains dengan kepujian dalam bidang Genetik atau bidang sains yang relevan dengan pengalaman dalam bidang genetik perubatan.



