PEGAWAI SAINS (FIZIK)
KETUA DAN TIMBALAN KETUA PROFESION SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KKM BAGI TEMPOH JANUARI 2024 - DISEMBER 2025
KETUA PROFESION
| Nama |
Encik Zainudin bin Yasak @ Yusof |
| Alamat Tempat Bertugas |
Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang |
| E-mel |
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
TIMBALAN KETUA PROFESION
| Nama |
Puan Tuan Solawati binti Tuan Muda |
| Alamat Tempat Bertugas |
Institut Kanser Negara |
| E-mel |
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
PENGENALAN PROFESION PEGAWAI SAINS (FIZIK)
Perkhidmatan Fizik Perubatan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah diwujudkan bagi melaksanakan tanggungjawab berhubung penggunaan sumber radiasi bagi tujuan diagnostik dan rawatan terhadap pesakit serta perlindungan sinaran kepada pekerja sinaran dan orang awam di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304). Penempatan Pegawai Sains (Fizik) adalah di hospital-hospital kerajaan yang menyediakan perkhidmatan radioterapi, perubatan nuklear dan pengimejan diagnostik serta di Ibu Pejabat KKM dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN). Jawatan Pegawai Sains (Fizik) adalah dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional dengan Klasifi kasi Perkhidmatan Sains di bawah Kod C dengan gred tertinggi adalah gred C 54. Namun begitu, jawatan gred yang lebih tinggi adalah diperlukan sebagai pengiktirafan terhadap kepakaran teknikal dan sumbangan pegawai dalam bidang fizik perubatan di Malaysia.
Tugas dan tanggungjawab Pegawai Sains (Fizik) di hospital adalah memberi khidmat sokongan klinikal dalamJabatan Radioterapi & Onkologi, Jabatan Perubatan Nuklear dan Jabatan Pengimejan Diagnostik. Antara tugas utama ialah melaksanakan pelan rawatan berkomputer pesakit, menyelia dan memantau peralatan radiasi (peralatan rawatan dan pengimejan), melaksanakanpengujian Kawalan Mutu (QA/QC), melaksanakan program keselamatan sinaran serta memberi khidmat nasihat dan kepakaran berkaitan fizik perubatan.
Manakala tugas dan tanggungjawab Pegawai Sains (Fizik) di Ibu Pejabat, KKM dan JKN adalah untuk mengawal dan menguatkuasakan penggunaan sinaran mengion di bawah Akta 304.
Kelayakan asas sebagai Pegawai Sains (Fizik) di KKM adalah memiliki ijazah dalam pelbagai bidang fi zik seperti Fizik Perubatan, Fizik Sinaran Perubatan, Fizik Kesihatan dan Sains Nuklear.



