PEGAWAI KERJA SOSIAL PERUBATAN
KETUA DAN TIMBALAN KETUA PROFESION SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KKM BAGI TEMPOH JANUARI 2024 - DISEMBER 2025
KETUA PROFESION
| Nama |
Encik Zulhan bin Ambi |
| Alamat Tempat Bertugas |
Hospital Kuala Lumpur |
| E-mel |
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
TIMBALAN KETUA PROFESION
| Nama |
Puan Nor Azura binti Abd Majid |
| Alamat Tempat Bertugas |
Hospital Sultanah Nur Zahirah |
| E-mel |
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
PENGENALAN PROFESION PEGAWAI KERJA SOSIAL PERUBATAN
Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan mula diperkenalkan pada tahun 1952 di Hospital Kuala Lumpur dengan bilangan anggota seramai 2 orang. Pada peringkat awal perkhidmatan ini dikenali sebagai perkhidmatan Lady Almoner. Kemudian perkhidmatan ini dikenali sebagai Jabatan Kebajikan Perubatan pada tahun 1994.
Dari masa ke semasa peranan Pegawai Kebajikan Perubatan semakin mencabar dengan pertambahan isu-isu sosial sejajar dengan arus pembangunan negara yang semakin pesat. Selari dengan perkembangan ini maka nama jawatan Pegawai Kebajikan Perubatan juga ditukar kepada Pegawai Kerja Sosial Perubatan (PKSP) mengikut surat kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam bil. JPA(S)253/2/13klt.85(16) bertarikh 13 November 2002.
PKSP adalah individu yang terlatih untuk membuat penilaian biopsikososial kepada pesakit, keluarga/waris atau penjaga. PKSP akan menjalankan intervensi sosial bagi membantu pesakit mengatasi masalah yang dialami akibat penyakit yang dihidapi.



