PROJEK ELECTRONIC MEDICAL RECORD KEBANGSAAN

  • Satu rekod kesihatan elektronik yang mengandungi maklumat kesihatan dan perubatan seseorang individu yang dijana, dikumpul, diurus dan/atau dirujuk oleh pembekal perkhidmatan kesihatan di dalam sesebuah organisasi.
  • EMR adalah bagi menggantikan rekod perubatan manual (kertas) dalam sistem pengurusan pesakit selaras dengan era digital yang berkembang luas ketika ini.
  • Projek Electronic Medical Record Kebangsaan sedang dijalankan secara rintis di Negeri Sembilan dengan model ‘integrated backbone-bone’ yang menggabungkan empat komponen iaitu Sistem Informasi Hospital (contohnya: HIS@KKM, MPIS), Sistem Informasi Klinik (contohnya: TPC-OHCIS) untuk Klinik Kesihatan dan Klinik Pergigian, Platform Perkongsian Maklumat Kesihatan (Health Information Exchange – HIE) dan Perkhidmatan Klinik Maya (Virtual Clinic – VC).

  • Ianya sudah bermula secara berfasa. Secara keseluruhannya, 97 fasiliti kesihatan KKM di Negeri Sembilan terlibat di dalam projek rintis EMR ini. Peluasan EMR Kebangsaan ke seluruh negara akan dilaksanakan secara berperingkat berdasarkan keberhasilan projek rintis ini.

Bagi memastikan kesinambungan penjagaan kesihatan dan perkhidmatan penyampaian kesihatan Kerajaan kepada rakyat menjadi lebih mudah, cekap, cepat dan telus serta mewujudkan ‘Lifetime Health Record’  bagi setiap warga Malaysia.

Rakyat, Pembekal Perkhidmatan Kesihatan, Kerajaan, NGO dan lain-lain pihak yang berkepentingan.

  1. Asas untuk perwujudan satu rekod kesihatan sepanjang hayat untuk individu.
  2. Asas untuk penjagaan susulan di mana-mana fasiliti kesihatan yang berdekatan untuk keselesaan dan kemudahan pesakit.
  3. Mengurangkan pemeriksaan makmal dan permintaan radiologi yang berulang dan bertindih.
  4. Membolehkan rawatan yang tepat dan pantas diberikan terutama dalam situasi kecemasan.
  5. Menggantikan rekod perubatan manual yang bergantung kepada kertas sepenuhnya dalam sistem pengurusan pesakit.
  • Satu platform integrasi perkongsian maklumat di antara pelbagai jenis sistem informasi kesihatan yang berbeza di fasiliti. Platform ini menyediakan empat (4) jenis perkhidmatan iaitu engine@integration system, portal RekodPesakit, portal RekodSaya dan portal RekodKesihatan.
  • Fasiliti kesihatan (sama ada hospital atau klinik) yang tidak mempunyai sistem informasi, pembekal perkhidmatan kesihatan boleh mengakses dan berkongsi maklumat perubatan pesakit dengan selamat melalui RekodPesakit.
  • Pesakit (Rakyat) boleh mengakses maklumat kesihatan yang penting bagi seseorang individu dan berkongsi maklumat tersebut dengan pembekal perkhidmatan kesihatan lain (jika ada keperluan) melalui RekodSaya
  • Pengurusan Perkhidmatan Kesihatan boleh mengakses data kesihatan populasi melalui RekodKesihatan