Perutusan Pengarah
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas segala limpahan rahmatnya. Pertama sekali, ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat datang kepada para pengunjung laman web Bahagian Perancangan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Bahagian Perancangan berfungsi sebagai peneraju dalam merancang dan membangunkan sistem kesihatan yang efisien dan berkesan selaras dengan keperluan pemegang taruh (stakeholder). Visi kami adalah untuk memastikan setiap perancangan yang dibuat tidak hanya memenuhi standard kualiti tetapi juga menepati kehendak serta harapan semua pihak yang terlibat.
Misi kami adalah untuk melaksanakan perancangan secara sistematik berasas bukti serta penglibatan pemegang taruh dan pemantauan dibuat secara berkala dan berkesan serta memberi maklum balas kepada pemegang taruh. Ini bagi memastikan setiap inisiatif yang dilaksanakan memberikan impak positif dan memenuhi keperluan sebenar sistem kesihatan negara. Di samping itu juga, Bahagian akan sentiasa berusaha untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada semua sejajar dengan maksud Visi dan Misi Kementerian Kesihatan Malaysia.
Saya amat berharap agar laman web ini dapat menjadi medium komunikasi dan sumber rujukan yang berguna kepada pengunjung dalam mendapatkan maklumat terkini berkaitan pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh Bahagian.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung yang melayari laman web ini. Sokongan dan minat anda adalah sumber inspirasi bagi kami untuk terus berusaha memperbaiki dan memperkukuhkan sistem kesihatan negara. Saya juga mengalu-alukan sebarang pandangan dan cadangan yang membina daripada pengunjung bagi memantapkan lagi pengurusan maklumat dan kemudahan seterusnya meningkatkan tahap perkhidmatan kerajaan yang disediakan melalui laman web ini.
Sekian, terima kasih.
Dr. Enna binti Mohd Hanafiah
PENGARAH BAHAGIAN PERANCANGAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
