PERISTIWA PENTING DALAM PERGIGIAN
1. Zaman Permulaan Pergigian

- Rekod terawal pergigian di Tanah Melayu bermula sejak 1869 di Singapura, yang ketika itu adalah sebahagian daripada Tanah Melayu. Doktor pergigian yang pertama adalah doktor pergigian dari Hong Kong bernama Cheong Chun Tin, yang membuka Klinik Pergigian swasta selepas memperolehi kelayakan dari San Francisco. Beliau tidak pernah terfikir untuk menghantar anak-anaknya menjalani latihan secara formal dalam bidang pergigian.
- Selepas pemergian beliau, dua orang anak lelakinya yang tidak mempunyai kelulusan formal telah meneruskan amalan bapa mereka. Dari sinilah bermulanya era di mana doktor pergigian yang tidak berkelayakan berkembang maju.
- Pada tahun 1899, James Logan telah dicatatkan membuka Klinik Pergigian di Pulau Pinang. Pada tahun 1912 pula, Encik Frank Moffat dicatatkan sebagai doktor pergigian pertama di Kuala Lumpur yang menggelarkan dirinya sebagai 'doktor pergigian pembedahan dan mekanikal'.
- Dalam tempoh Perang Dunia Pertama (1914-1918), seorang doktor pergigian berbangsa Jepun dilaporkan tiba pada tahun 1916. Seterusnya penghijrahan doktor-doktor pergigian ke Tanah Melayu pun bermula.
2. Sejarah Perkhidmatan Pergigian Sekolah di Malaysia


- Perkhidmatan pergigian sekolah merupakan perkhidmatan utama dalam sektor awam sejak tahun 1948.
- Pada tahun yang sama juga, skim jururawat pergigian diperkenalkan dimana kategori anggota ini dibenarkan memberi rawatan kepada kanak-kanak di bawah 17 tahun bagi membantu Pegawai Pergigian dalam memastikan liputan sekolah adalah optimum. Perkhidmatan pergigian di sekolah diberikan melalui pasukan pergigian bergerak dan juga klinik pergigian di sekolah.
- Sehingga 31 Disember 2015, terdapat sebanyak 450 buah pasukan bergerak sekolah rendah dan menengah serta 925 buah klinik pergigian sekolah di seluruh negara.
- Mulai bulan Julai 2016, skim jururawat pergigian telah diberi nama baru iaitu juruterapi pergigian.
3. Peristiwa Penting dalam Pergigian/Milestones In Dentistry

KLIK SINI UNTUK MEMUAT TURUN MILESTONES IN DENTISTRY

