PERGIGIAN RESTORATIF

Pergigian restoratif merupakan bidang pergigian di mana masalah pergigian kompleks diuruskan bagi memulihkan fungsi fisiologi (pengunyahan dan pertuturan) dan estetik pesakit. Pakar akan melaksanakan rawatan serta memantau kes-kes rumit serta dengan keperluan khas yang dirujuk oleh bidang pergigian lain yang memerlukan pemulihan atau rehabilitasi fungsi gigi.
Pakar pergigian restoratif ditempatkan sama ada di klinik pergigian pakar atau di pusat pergigian pakar seluruh Malaysia. Mereka juga terlibat dengan pengurusan interdisiplin bagi menyempurnakan rawatan yang diberi dalam usaha untuk mengembalikan fungsi keseluruhan gigitan pesakit. Tujuan utama rawatan kepakaran ini adalah bagi mengembalikan fungsi, mengganti gigi atau tisu yang hilang serta memulihkan kembali gigitan pesakit yang dirawat.
Perkhidmatan yang disediakan di bawah kepakaran ini termasuklah:
|




