PERIODONTIK

Periodontik merupakan satu cabang kepakaran pergigian yang tertumpu secara khusus dalam:
|
Fasa rawatan penyakit dan kondisi periodontium dan peri-implan pergigian adalah seperti berikut:
- Terapi Permulaan
Rawatan awal untuk membendung jangkitan seperti pendidikan kesihatan dalam penjagaan higin mulut, penskaleran dan pendebridmen akar.
- Terapi Pembetulan
Fasa di mana pembedahan pembetulan kecacatan struktur periodontium dan tisu sekeliling implan pergigian. Ini meliputi pembedahan kompleks regenerasi dan/atau rekonstruksi tisu lembut dan tulang sekeliling implan pergigian.
- Terapi Sokongan Periodontium Dan Implan Pergigian
Fasa sokongan untuk pengekalan kesihatan selepas penstabilan penyakit periodontium dan peri-implan pergigian melalui pemantauan berterusan penjagaan higin mulut dan faktor-faktor risiko.
- Terapi Rehabilitasi Pergigian
Fasa di mana pembedahan dijalankan untuk memudahkan penyediaan prostesis pergigian. Ini merangkumi pembedahan peletakan skru implan pergigian dan rekonstruksi batas tulang.

KLIK GAMBAR DI BAWAH UNTUK MELIHAT FLIPBOOK KEPAKARAN PERIODONTIK


