complain.png

 

flag.png

 

united-kingdom.png

 

 

 

ORTODONTIK

 

Screenshot 2024 05 23 083127

 

Ortodontik adalah satu cabang kepakaran pergigian yang mengendali dan merawat pesakit yang mempunyai masalah susunan gigi yang tidak teratur atau masalah ketidakseimbangan saiz di antara rahang dan kegigian. Secara amnya, rawatan ortodontik dijalankan menggunakan aplians tetap atau aplians boleh tanggal dan jika perlu, dilakukan bersama pembedahan rahang.

Tujuan rawatan ortodontik adalah untuk meningkatkan fungsi dan penampilan kesihatan oral, susunan gigi dan rahang.

Skop perkhidmatan

 
  • Memberi perkhidmatan rawatan pergigian ortodontik kepada warganegara Malaysia yang mempunyai masalah maloklusi.
  • Pemantauan tumbesaran kegigian dan rahang pesakit.
  • Pemantauan kegigian dalam fasa pemegangan.

 

Rujukan rawatan ortodontik

Di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Unit Ortodontik menerima kes-kes rujukan daripada Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Primer dan juga daripada bidang-bidang kepakaran pergigian dan perubatan lain. Kes rujukan rawatan ortodontik harus mematuhi garis panduan yang telah disediakan oleh Program Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia(2022). 

https://hq.moh.gov.my/ohp/images/pdf/publication/GARIS%20PANDUAN%20RUJUKAN%20RAWATAN%20ORTODONTIK.pdf

Terdapat 73 Unit Ortodontik di fasiliti perkhidmatan pergigian KKM yang menawarkan rawatan ortodontik yang berkualiti oleh pakar-pakar ortodontik yang bertauliah. 

 

Screenshot 2024 05 23 083200