PERGIGIAN PENJAGAAN KHAS

Perkhidmatan Kepakaran Pergigian Penjagaan Khas (KPPK) menyediakan perkhidmatan pergigian kepada individu yang berkeperluan khas di peringkat sederhana sehinggalah yang teruk yang berumur 16 tahun dan ke atas termasuklah pesakit warga emas yang lemah dan bergantung sepenuhnya kepada orang lain dalam menjalankan aktiviti harian.
Perkhidmatan KPPK disediakan di klinik pergigian di hospital termasuklah hospital rehabilitasi seperti Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) memandangkan prosedur yang dilakukan melibatkan rawatan di bawah bius umum yang memerlukan kelengkapan kepakaran yang berkenaan. Pesakit SCD dirujuk daripada kepakaran pergigian lain serta penjagaan primer untuk rawatan lanjut. Disamping itu, rujukan pesakit juga diterima daripada disiplin perubatan seperti perubatan Geriatrik, Rehabilitasi, Paliatif, Onkologi dan Radiologi, Psikiatri dan sebagainya. Pesakit yang mengalami ‘dental anxiety’ yang teruk juga dirawat oleh KPPK untuk rawatan lanjut. KPPK juga adalah peyedia rawatan utama bagi perkhidmatan pergigian domisiliari (di rumah atau di institusi) di negara ini bersama dengan perkhidmatan pergigian primer untuk pesakit yang mengalami kesukaran mengakses fasiliti kesihatan pergigian.
Perkhidmatan pergigian yang disediakan termasuklah:
|
Pengurusan rawatan mungkin juga dilakukan bersama pengendalian tingkah laku, di bawah sedasi (oral/ inhalasi/ intravenous/ intranasal) dan di bawah bius umum. Di samping itu juga, sokongan klinikal turut dihulurkan dalam pengurusan pesakit keperluan khas di peringkat primer dan komuniti juga disampaikan oleh KPPK.

