complain.png

 

flag.png

 

united-kingdom.png

 

 

 

 

PATOLOGI MULUT DAN PERUBATAN MULUT

 

Screenshot 2024 05 23 082042

 

Patologi Mulut dan Perubatan Mulut merupakan cabang kepakaran pergigian berkaitan identifikasi, diagnosa dan pengurusan penyakit yang menjejaskan kesihatan oral dan maksilofasial. Secara umum, kepakaran ini dibahagikan kepada dua (2) komponen iaitu Patologi Mulut dan Perubatan Mulut. Patologi Mulut menawarkan perkhidmatan pendiagnosan penyakit melalui kaedah histopatologi manakala Perubatan Mulut merangkumi perkhidmatan rawatan pesakit yang tidak melibatkan intervensi secara pembedahan. 

Pakar Patologi Mulut dan Perubatan Mulut ditempatkan di hospital dengan kemudahan makmal histopatologi dan bekerja rapat dengan kepakaran lain untuk rawatan pesakit secara multidisiplin. Mereka juga terlibat dengan kajian dalam bidang penyakit oro-maksilofasial. 

Perkhidmatan kepakaran ini terbahagi kepada dua (2) kategori seperti berikut:

 

1. Patologi Mulut

Kepakaran ini merangkumi spesimen grossing dan pemeriksaan mikroskopik serta penghasilan laporan histopatologi bagi kes-kes biopsi yang diterima. Perkhidmatan diagnostik yang disediakan adalah bagi kes-kes dari kawasan oral dan maksilofasial seperti berikut:

 

 
  • Keabnormalan gigi dan struktur sokongan gigi
  • Keabnormalan mukosa mulut:  hiperplasia, lesi berpotensi malignan, tumor malignan epitelium oral, jangkitan setempat dan sistemik, pigmentasi mukosa oral
  • Keabnormalan tulang muka dan rahang: lesi sista, lesi odontogenik, sista/tumor odontogenik, lesi fibro-osseous 
  • Penyakit kelenjar air liur: sialolithiasis, sialadenitis, neoplasma kelenjar liur 
  • Tumor tisu lembut dan tulang
  • Penyakit atau keadaan lain yang melibatkan kawasan oral dan maksilofasial

 

2. Perubatan Mulut

Kepakaran ini merupakan rawatan klinikal yang tidak melibatkan pembedahan bagi kes-kes berikut:

 
  • Ulser mulut: recurrent aphthous stomatitis, lichen planus, lichenoid reaction, lupus erythematous, Behcet’s disease
  • Vesiculobullous lesions and immune-mediated conditions: pemphigus, pemphigoid
  • Kesakitan di bahagian oral dan maksilofasial: trigeminal neuralgia, atypical facial pain/ odontalgia, kesakitan sendi temporomandibular, burning mouth syndrome
  • Disfungsi kelenjar air liur: gangguan air liur, xerostomia
  • Jangkitan mukosa mulut seperti oral candidiasis, herpes labialis, oral syphilis, herpes zoster, herpetic gingivostomatiti
  • Lesi berpotensi malignan seperti leukoplakia, erythroplakia, oral submucous fibrosis
  • Manifestasi oral penyakit sistemik 
  • Rawatan pesakit secara multidisiplin bagi kes-kes yang dirujuk daripada pakar neurologi, onkologi, rheumatologi, gastroenterologi, hematologi, nefrologi, perubatan geriatrik

 

 

 Screenshot 2024 05 28 152750               Screenshot 2024 05 28 152758
Spesimen grossing di makmal histopatologi oleh pakar patologi mulut   Ulser oral berulang - salah satu kes yang dirawat di klinik Perubatan Mulut