PERGIGIAN PEDIATRIK

Kepakaran Pergigian Pediatrik menyediakan pelbagai perkhidmatan dan rawatan termasuk prosedur diagnostik dan terapeutik serta pembedahan mulut untuk pesakit yang berumur 16 tahun ke bawah pada masa rujukan pertama. Prosedur ini merangkumi aspek promosi, pencegahan, kuratif dan pemulihan selepas rawatan di mana pesakit yang dirujuk sama ada sebagai pesakit dalaman atau pesakit luar adalah diutamakan. Kumpulan pesakit yang diberi keutamaan adalah kanak-kanak berkeperluan khas, dan terbahagi mengikut kategori seperti berikut:
|
Rawatan pergigian yang rutin juga masih diberikan kepada pesakit yang memerlukan agar pemulihan pesakit yang holistik dapat dicapai. Perkhidmatan yang ditawarkan adalah pembedahan dentoalveolar, ortodontik interseptif, pengurusan kecederaan oro-fasial, rawatan endodontik gigi susu dan kekal, rawatan patologi oral dan pembuatan prostesis oral dan maksilofasial.
Kes-kes elektif dan kecemasan yang memerlukan bius umum dirawat di dewan bedah. Perkhidmatan selepas waktu pejabat untuk kes-kes kecemasan akan dilakukan oleh pegawai pergigian dan pakar-pakar yang menjalankan tugas atas panggilan di Jabatan Kecemasan Hospital.


