complain.png

 

flag.png

 

united-kingdom.png

 

 

 

 

PERKHIDMATAN PERGIGIAN UNTUK KANAK-KANAK KEPERLUAN KHAS

Khas

Program Kesihatan Pergigian telah mengiktirafkan kanak-kanak keperluan khas sebagai salah satu kumpulan utama. Satu program untuk kanak-kanak keperluan khas telah dilancarkan pada tahun 1993 dengan penekanan yang diberikan kepada kumpulan yang berkeperluan khas di klinik pesakit luar di samping beberapa rawatan lain di institusi berkaitan. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kesihatan mulut kanak–kanak keperluan khas yang akan menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup. Di antara aktiviti yang dijalankan ialah penerapan amalan kesihatan mulut yang baik, meningkatkan kesedaran penjaga kanak-kanak keperluan khas dan juga kemahiran anggota pergigian. Bagi memastikan kesihatan pergigian yang baik dicapai melalui promosi kesihatan pergigian, langkah-langkah pencegahan klinikal dan lain-lain rawatan perlu diambil sejajar dengan halatuju Kementerian Kesihatan Malaysia ke arah pembangunan masyarakat penyayang.