PROGRAM ANTENATAL

Matlamat utama program ibu mengandung adalah untuk memberi pengetahuan kesihatan pergigian kepada ibu sebagai ejen perubahan kesihatan pergigian di persekitaran rumah dengan mengubah tingkahlaku dalam kalangan ahli keluarga. Mereka diberikan rawatan pergigian secara percuma. Ibu mengandung yang mendapat rawatan di klinik kesihatan akan dirujuk ke klinik pergigian kerajaan terdekat bagi sesi promosi kesihatan pergigian, pemeriksaan dan rawatan pergigian. Temujanji lanjut akan ditetapkan, jika perlu.

