Page 49 - FINAL COMPENDIUM 2020-2021 27.2.2022
P. 49
KAJIAN KEBERKESANAN KOS PEMINDAHAN UNIT PERGIGIAN TETAP DARI PPKK & ILKKM
(PERGIGIAN) GEORGETOWN KE NEGERI-NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA
NMRR-20-2319-56777
Mardhiatul MI, Haslina H, Safwanah MN, Nuha MN, Salehfudin MI, Adzhar NA, Luqman A
Pendahuluan: Kajian telah dijalankan bagi mengkaji keberkesanan kos pemindahan Unit
Pergigian Tetap dari PPKK & ILKKM (Pergigian) ke negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.
Metodologi: Kajian yang dijalankan berbentuk retrospektif dan deskriptif ke atas 99 Unit
Pergigian Tetap yang telah dipilih secara persampelan mudah. Data telah dikumpulkan
dan dianalisis menggunakan SPSS Versi 22.0. Keputusan: Hasil kajian mendapati kos
keseluruhan untuk memindahkan semua 99 buah Unit Pergigian Tetap adalah sebanyak
RM 686,941.96. Negeri Kedah mencatatkan purata kos pemindahan yang tertinggi iaitu
RM 16,766.15 manakala Perak mencatatkan purata kos yang terendah iaitu RM 2,180.37.
Selain itu, kos penggantian peralatan atau pembelian alat ganti memakan belanja yang
paling tinggi iaitu sebanyak RM279,840.00 (40.73%) berbanding kos-kos lain. Sementara
itu, perbezaan antara amaun perolehan baru dengan kos pemindahan keseluruhan
merupakan penjimatan sebanyak RM 8,718,058.04 bersamaan 92.70%. Negeri
Terengganu dan Kelantan telah menerima bilangan Unit Pergigian Tetap yang mempunyai
status kebolehfungsian “Semua Bahagian Berfungsi” paling tinggi iaitu sebanyak 19 unit.
Sebanyak 64.7% Unit Pergigian Tetap yang berusia 15 tahun ke atas berstatus “Semua
Bahagian Berfungsi”. Kajian menunjukkan kos purata bagi pemindahan satu Unit
Pergigian Tetap ialah RM 6, 938.81 dan penjimatan berbanding perolehan baru adalah
signifikan. Sebanyak 55 unit (64.7%) berfungsi sepenuhnya dan 1 unit (1.2%) berfungsi
dengan baik dan memuaskan. Kajian juga mendapati usia Unit Pergigian Tetap tidak
mempengaruhi status kebolehfungsian. Konklusi: Aspek penjimatan dan
kebolehgunaan/kebolehfungsian boleh dijadikan pengukur keberkesanan kos untuk
jangka pendek dalam keadaan di mana perolehan unit-unit baru adalah sukar dan
pindahan aset kerajaan yang masih berfungsi baik merupakan satu langkah pengoptimaan
dan penjimatan kepada kerajaan.
Dr Mardhiatul Miskiah binti Mohd Izam
Dr Nor Haslina binti Mohd Hashim
Dr Safwanah binti Muhamad Nor
Dr Nur Nuha binti Mohd Nazeri
Salehfuddin bin Mat Il
Mohamed Adzhar bin Nor Ariffin
Muhammad Luqman Hakim bin Aziz
Pusat Pergigian Kanak- Kanak & ILKKM (Pergigian) Georgetown
Pulau Pinang, Malaysia
25

