Status kesihatan dan pemakanan wanita sebelum hamil sangat penting dalam mempengaruhi kesihatan semasa hamil dan juga bayi yang dikandung.
Perancangan dan Persediaan Sebelum Kehamilan
Makanan yang seimbang
Pengambilan makanan seimbang sebelum kehamilan sangat penting. Ini termasuk diet kaya buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh, protein tanpa lemak, dan produk tenusu rendah lemak.
Indeks Jisim Tubuh (BMI) adalah ukuran untuk menilai berat badan anda berbanding dengan ketinggian. BMI penting untuk menilai risiko kesihatan seseorang individu.
Melakukan senaman sebagai rutin harian dapat membantu anda mendapatkan berat badan yang sihat dan meningkatkan tahap tenaga, menguatkan otot dan juga tulang untuk persediaan mengandung nanti.
Nutrisi yang mencukupi membantu menyediakan tubuh dengan vitamin dan mineral yang diperlukan untuk menyokong kehamilan yang sihat seperti asid folik, zat besi dan lain-lain.
Elakkan merokok dan minuman beralkohol kerana kedua-duanya boleh menyebabkan komplikasi serius seperti kelahiran pramatang, kecacatan kelahiran, dan sindrom alkohol janin.