Penyusuan Susu Ibu

Kepentingan penyusuan susu ibu untuk perkembangan bayi yang sihat.
#penyusuanibu

Pemakanan Semasa Penyusuan

Amalan pemakanan yang sihat perlulah dipatuhi oleh ibu menyusu bagi membantu perkembangan si manja.
Lihat Infografik

Sumber Protein

Ambil protein dari sumber haiwan & tumbuhan.

Buah & Sayur

Makan buah-buahan & sayuran setiap hari.

Suku-Suku Separuh

Amalkan pemakanan yang seimbang.

Kekalkan Hidrasi

Minum air kosong yang mencukupi.

Makanan Bijirin Penuh

Ambil makanan bijirin penuh. (contoh : oat, roti)

Susu & Tenusu

Ambil susu & produk tenusu (contoh : keju, yogurt)

Alkohol

Elakkan pengambilan minuman beralkohol.

Gula, Garam & Lemak

Elakkan makanan/ minuman tinggi gula, garam dan lemak.

Makanan Terproses

Elakkan makanan yang diproses (contoh : daging burger, nuget)

Teknik Penyusuan Yang Betul

Kepentingan posisi dan kelekapan yang betul kepada ibu dan bayi:
Membolehkan bayi mendapat susu yang mencukupi secara berkesan.
Mengelakkan masalah payudara seperti bengkak payudara dan luka puting.
Melancarkan pengaliran air susu untuk penyusuan yang efisien.
Selesa dengan bahagian belakang, kaki dan payudara disokong, jika perlu.
Ada 4 perkara utama yang penting perlu dipatuhi bagi memastikan posisi atau pegangan bayi adalah betul:
Keseluruhan badan bayi diampu dari kepala, bahu dan punggung (support).
Muka bayi menghadap payudara ibu (facing).
Kepala, bahu dan badan bayi berada dalam keadaan lurus/selari (in‐line).
Badan bayi dibawa rapat dan menghadap badan ibu (close).
Sentuh bibir bayi dengan puting hingga mulut bayi terbuka luas.
Pastikan dagu bayi menyentuh payudara ibu.
Bibir bayi kelihatan melengkup keluar apabila menghisap areola.
Masukkan keseluruhan atau sebahagian besar tompok gelap (areola) ke dalam mulut bayi.
Pipi bayi kelihatan penuh dan cembung semasa menyusu.
Bayi akan menghisap dengan perlahan, mendalam dan kedengaran bunyi menelan dengan ritma penghisapan seperti hisap‐telan‐bernafas dengan tenang

Tanda Bayi Ingin Menyusu

1. 
Menggerak‐gerakkan mata.
2.
Membuka mulut, menjelirkan lidah serta memusingkan kepalanya untuk mencari payudara
ibu (rooting reflex).
3.
Bayi mengeluarkan bunyi merengek yang perlahan (soft whimper sounds).
4.
Menghisap jari, tangan, selimut/kain/tuala atau sebarang objek yang menyentuh bibirnya.
5.
Menangis.
Lihat Infografik

Tanda Bayi Mendapat Susu Ibu Yang Mencukupi

1. 
Info 1
2.
Info 2
3.
Info 3
4.
Info 4
5.
Info 5
Lihat Infografik

Penyusuan Bagi Ibu Yang Bekerja

1. 
Berazamlah untuk menyusukan bayi sepenuhnya (secara eksklusif).
2.
Semasa cuti bersalin, susuilah bayi sepenuhnya dari payudara (direct feeding) untuk menggalakkan penghasilan susu ibu dan menstabilkan amalan penyusuan.
3.
Ibu dinasihatkan berlatih memerah susu 2 minggu selepas kelahiran bayi atau pada bila‐bila masa secepat yang mungkin mengikut kesesuaian.
4.
Simpan semua susu perahan sebagai stok apabila telah kembali bekerja.
5.
2 minggu sebelum bekerja, ibu perlu berlatih dengan jadual untuk memberikan susu perahan kepada bayi.
6.
Jika mempunyai pengasuh, latihan memberikan susu perahan kepada bayi hendaklah diberikan kepadanya.
7.
Selepas waktu bekerja, ibu boleh menyusui bayi mereka bila‐bila masa mengikut kehendak bayi.
Lihat Infografik

Kenapa air kosong bahaya untuk bayi bawah 6 bulan

1. 
Menganggu penyusuan susu ibu kerana bayi tidak lagi berasa dahaga dan seterusnya menyebabkan penghasilan susu ibu berkurang.
2.
Menyingkirkan lapisan perlindungan yang telah dibina oleh susu ibu pada usus bayi dan seterusnya menyebabkan bayi terdedah kepada jangkitan.
3.
Air kosong tidak mengandungi sebarang kalori untuk mengisi perut bayi.
4.
Risiko "water intoxication" (air kosong berlebihan mencairkan kandungan mineral sodium dalam tubuh lalu meningkatkan risiko otak membengkak dan kematian)
Lihat Infografik
#HospitalRakanBayi

Hospital Rakan Bayi

Inisiatif Hospital Rakan Bayi adalah merupakan satu inisiatif global Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Tabung Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) bertujuan memastikan setiap bayi mendapat permulaan kehidupan yang terbaik melalui persekitaran yang menyokong penyusuan susu ibu.
Info Lanjut
chevron-down