Pemakanan Si Manja

Panduan lengkap makanan sihat dan berkhasiat yang menyokong pertumbuhan dan perkembangan si manja.
#pemakananbayi

Apakah Itu Makanan Pelengkap

Makanan pelengkap adalah pemakanan tambahan yang diberikan kepada bayi selain daripada susu ibu bermula daripada umur 6 bulan agar memenuhi keperluan kalori (tenaga) anak setiap hari.
Infografik Garis Panduan Menu Makanan Pelengkap

6 Bulan

Makanan yang dilecek atau dipuri

Selepas 6 Bulan

Galakkan makanan lembut yang boleh dipegang.

9 - 12 Bulan

Galakkan makanan yang boleh dipegang.

Anak Memilih Makanan?

Ketahui cara-cara menghadapi masalah anak memilih makanan dengan strategi dan tip untuk memastikan mereka mendapat nutrisi yang cukup dan seimbang dalam diet harian mereka.
Biarkan anak cuba makan sendiri untuk menjadikan waktu makan lebih menarik.
Galakkan makan dengan aktif dan wujudkan suasana makan yang positif.
Makan bersama keluarga dan berikan contoh dengan mengamalkan pemakanan sihat.
Menyediakan makanan bersama-sama untuk menarik minat mereka untuk makan.
Berusaha memberi makanan berkhasiat untuk kesihatan dan perkembangan anak.
Fahami punca anak memilih makan.

Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-Kanak

Maklumat penting mengenai pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak untuk menyokong tahap perkembangan si manja.
Lihat Infografik

Apa Itu Bantut?

Bantut merupakan masalah kekurangan zat makanan kronik, di mana kanak-kanak tidak mendapat makanan yang mencukupi dari segi kuantiti dan kualiti dalam suatu tempoh masa yang lama.
Lihat Infografik

Berat Badan Berlebihan di Kalangan Kanak-Kanak

Obesiti kanak-kanak ini boleh diatasi bermula dari keluarga di rumah. Wujudkan persekitaran yang sihat dan berikan pemakanan yang terbaik untuk anak-anak
Lihat Infografik
Hubungi Kami
Bahagian Pemakanan,
Kementerian Kesihatan Malaysia, 
Aras 1, Blok E3 Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590, Putrajaya

Tel. : +603-88924503/4556
Faks : +603-88924511/4512
Hakcipta Terpelihara © 2023 Bahagian Pemakanan | Kementerian Kesihatan Malaysia
PENAFIAN: Bahagian Pemakanan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat daripada portal. Paparan Terbaik : Mozilla Firefox 9+ atau Internet Explorer 9+ atau Safari 5+ atau Google Chrome 11+ dengan resolusi 1024x768. Boleh juga dilayari di telefon pintar atau gajet pintar yang lain (Responsive Design)
chevron-down