Pengenalan
Pengenalan Unit peperiksaan Bahagian Kejururawatan menjalankan peperiksaan sebanyak 10 peperiksaan setahun; iaitu, Peperiksaan Syarat Kemasukkan Dalam Bahagian Am / Bahagian Tambahan Daftar.
Program Diploma Kejururawatan dijalankan sebanyak 4 kali setahun ( Mac, Jun, September dan Disember), Program Advanced Diploma Kebidanan Bahagian 1 sebanyak 2 kali setahun (Mac dan September), Program Jururawat Masyarakat 2 kali setahun (Jun dan Disember) dan Program Penolong Jururawat 2 kali setahun ( Mei dan November).
Unit Peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia dan Lembaga Bidan Malaysia (LJM/LBM) adalah bertanggungjawab untuk menguruskan segala proses peperiksaan daripada permohonan ke permarkahan dan pengistiharan keputusan peperiksaan. Ianya juga bertanggungjawab untuk mengekalkan piawaian, validiti serta integriti peperiksaan LJM/LBM bagi tujuan pendaftaran dalam Bahagian Am Daftar / Bahagian Tambahan Daftar.
Objektif
Mengekalkan piawaian, validiti serta integriti peperiksaan yang dijalankan oleh Lembaga Jururawat Malaysia / Lembaga Bidan Malaysia bagi tujuan pendaftaran dalam Bahagian Am Daftar / Bahagian Tambahan Daftar.
Fungsi
- Menyelaras, Merancang dan Menyediakan Takwim Peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia(LJM) / Lembaga Bidan Malaysia (LBM).
- Menyelaras dan Mengendalikan proses permohonan menduduki peperiksaan serta mendaftar masuk permohonan ke dalam Sistem Pengurusan Maklumat Jururawat (SPMJ).
- Menyelaras dan Mengendalikan proses Penggubalan, Pengeditan dan Pemurnian soalan peperiksaan LJM/LBM.
- Menyelaras dan Mengendalikan pemilihan pusat-pusat peperiksaan LJM/LBM.
- Mengurus dan Mengendalikan penyediaan kertas soalan peperiksaan LJM/LBM.
- Mengurus dan Mengendalikan Bengkel dan Latihan serta Perlantikan Ketua Pengawas, Pengawas dan Pegawai Pemantau serta Sistem Pengurusan Maklumat Jururawat (SPMJ).
- Mengurus Lawatan Pemantauan Peperiksaan LJM/LBM di Pusat Peperiksaan mengikut keperluan.
- Mengurus dan Mengendalikan Mesyuarat Penyemakan Skrip Jawapan bagi soalan peperiksaan LJM/LBM.
- Mengurus dan Mengendalikan proses pemeriksaan kertas jawapan (OMR) peperiksaan LJM/LBM.
- Menguruskan dan Menyelaras Mesyuarat Jawatankuasa Pembentangan dan Pengistiharan Keputusan peperiksaan LJM/LBM.
- Mengurus dan Mengendalikan Penghantaran Keputusan peperiksaan LJM/LBM kepada:
i. Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM).
ii. Universiti Awam (UA).
iii. Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).
iv. Unit Pendaftaran Bahagian Kejururawatan KKM.
v. Bahagian Sumber Manusia KKM .
vi. Bahagian Pengurusan Latihan KKM.
Peperiksaan Yang Dijalankan Oleh Lembaga Jururawat Malaysia /Lembaga Bidan Malaysia Bagi Kemasukan Ke Bahagian Am Daftar/ Bahagian Tambahan Daftar.
- Peperiksaan untuk Program Ijazah/Diploma Kejururawatan.
- Peperiksaan untuk Program Diploma Lanjutan Kebidanan.
- Peperiksaan untuk Program Sijil Jururawat Masyarakat.
- Peperiksaan untuk Program Sijil Penolong Jururawat.
Peperiksaan LJM / LBM Bagi Kemasukan Ke Bahagian Am Daftar/ Bahagian Tambahan Daftar.
- Semua program kejururawatan perlu mendapat pengiktirafan kreditasi sebelum pelajar menduduki peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia / Lembaga Bidan Malaysia.
- Peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia adalah untuk pendaftaran jururawat dengan Lembaga Jururawat Malaysia / Lembaga Bidan Malaysia.
- Takwim peperiksaan boleh dimuat turun melalui Portal Nursing.
- Semua calon-calon yang memohon untuk pendaftaran mesti mempunyai pengalaman klinikal yang ditetapkan oleh Lembaga Jururawat, tamat latihan dan lulus peperiksaan akhir kolej.
- Pelatih jururawat dibenarkan cuti sakit 42 hari dalam tempoh tiga tahun Latihan. Calon-calon tidak akan dibenarkan menduduki peperiksaan akhir jika cuti sakit lebih daripada 42 hari. Pelatih Penolong Jururawat dibenarkan cuti sakit 28 hari sepanjang tempoh latihan selama dua tahun.
- Semua cuti sakit yang berlebihan perlu diganti.
Menduduki Semula Peperiksaan.
- Bagi semua program Kejururawatan, calon boleh mengulangi Peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia/Lembaga Bidan Malaysia sebanyak tiga kali.
- Calon gagal peperiksaan Program Diploma Kejururawatan, perlu menduduki semula peperiksaan dalam tempoh 6 tahun dari masa kemasukan ke program latihan kejururawatan.
- Permohonan untuk menduduki semula peperiksaan hendaklah dibuat melalui kolej masing-masing.







