Soalan Lazim

Frequently Asked Question(s).

Soalan Lazim

Sektor Pendaftaran

Sijil Pengamalan Tahunan (APC)

1. Perakuan Pengamalan Jururawat Tahunan perlu di pohon oleh majikan yang menggajikan mana-mana jururawat di Malaysia untuk membolehkan jururawat tersebut menjalankan amalan kejururawatan di Malaysia.

2. Cara membuat permohonan?
Borang permohonan perlu dimuat turun dari laman sesawang Bahagian Kejururawatan iaitu https://hq.moh.gov.my/nursing– panel muat turun- APC. Borang perlu diisi dengan lengkap
oleh pemohon dan majikan.

3. Apakah kategori permohonan dan dokumen yang diperlukan?
3.1 Permohonan pertama kali

3.1.1 Borang permohonan mengikut kategori jururawat
3.1.2 Surat rasmi permohonan dari majikan
3.1.3 Salinan Perakuan Pendaftaran Jururawat ( Jadual Kelima )
3.1.4 Surat lantikan dari SPA bagi jururawat kerajaan
3.1.5 Surat tawaran pekerjaan bagi jururawat swasta
3.1.6 Mata CPD tidak diperlukan

3.2 Permohonan untuk pembaharuan APC
3.2.1 Borang permohonan mengikut kategori jururawat
3.2.2 Surat rasmi permohonan dari majikan
3.2.3 Salinan Perakuan PengamalanJururawat Tahunan untuk tahun sebelum
3.2.4 Borang CPD-LB yang terkini yang telah disahkan oleh penyelia
3.2.5 DENDA LEWAT dikenakan bagi permohonan pembaharuan yang diterima oleh LJM selepas 30 September tahun semasa

3.3 Permohonan APC bagi jururawat yang memiliki RON untuk tahun semasa atau tahun sebelum
3.3.1 Borang permohonan mengikut kategori jururawat
3.3.2 Surat rasmi permohonan dari majikan
3.3.3 Surat tawaran pekerjaan
3.3.4 Tiada Mata CPD dikenakan
3.3.5 Tiada denda lewat dikenakan

3.4 Permohonan bagi yang pernah ada APC atau RON tetapi tidak aktif ( Tidak memohon APC atau RON dalam tempoh masa lebih dari satu tahun )
3.4.1 Borang permohonan mengikut kategori jururawat
3.4.2 Surat rasmi permohonan dari majikan
3.4.3 Surat tawaran pekerjaan
3.4.4 Tiada Mata CPD dikenakan
3.4.5 Tiada denda lewat dikenakan

4. Bila masa yang sesuai untuk mengemukakan permohonan?
4.1 Bagi kategori permohonan kali pertama dan yang lain-lain.

Permohonan perlu dihantar 30 hari selepas melaporkan diri untuk jawatan tersebut.

4.2 Bagi kategori Permohonan pembaharuan, Permohonan yang telah mencukupi Mata kredit CPD boleh mula menghantar permohonan mulai bulan Mac setiap tahun dan tidak boleh lewat daripada 30 hb September tahun tersebut. Bagi permohonan yang diterima oleh LJM selepas 30 September tahun semasa akan dikenakan bayaran DENDA LEWAT.

‘Mana-mana orang dalam bahagian am dan tambahan Daftar yang ingin
menjalankan amalan selepas 31hb Disember dalam suatu tahun hendaklah, tidak lewat 30hb September tahun itu, membuat permohonan dalam borang yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga dan hendaklah membayar fee yang ditetapkan bagi mendapatkan suatu perakuan untuk menjalankan amalan sedemikian itu.’
( Peraturan-Peraturan Pendaftaran Jururawat 1985, Subperaturan 8(1))

5. Berapa bayaran yang dikenakan ?
RM 10 – bagi Jururawat,

RM 5 – bagi Jururawat Masyarakat / Penolong Jururawat

Dibayar dalam bentuk Bank Draft atau Kiriman Wang (money order) kepada Setiausaha
Lembaga Jururawat Malaysia.

Bank Draft atau Kiriman wang yang ASAL perlu disertakan bersama borang permohonan

6. Berapa bayaran Fee lewat ?
Fee lewat sebanyak RM 10 akan dikenakan kepada permohonan pembaharuan yang di terima selepas tarikh 30 September tahun semasa.

7. Bagaimana proses penghantaran dokumen boleh dibuat?
Penghantaran dokumen secara serahan tangan di di kaunter LJM atau penghantaran dokumen secara pos

8. Berapa tempoh masa permohonan APC diproses?
Permohonan yang lengkap diterima akan diproses dalam tempoh enam hingga lapan minggu dari tarikh resit kewangan namun tempoh proses akan menjadi bertambah panjang bagi permohonan yang diterima selepas 30hb September.

9. Apakah yang menyebabkan proses permohonan lewat/ditolak?
9.1 Tiada surat rasmi permohonan daripada majikan
9.2 Borang permohonan yang salah dan tidak lengkap
9.3 Dokumen sokongan tidak dilampirkan
9.4 Borang CPD-LB yang tidak lengkap, tidak cukup mata CPD dan tidak disahkan oleh penyelia.
9.5 Tiada bayaran, bayaran tidak mencukupi atau terlebih bayaran, tiada bayaran bagi denda lewat ( sekiranya berkaitan)
9.6 Bank draft atau kiriman wang yang luput tempoh sah laku.

10.  Bolehkah pemohon mendapatkan Sijil Pengamalan Tahunan yang baru sekiranya sijil hilang
atau terbakar?
Tiada salinan pendua akan dikeluarkan oleh Lembaga Jururawat Malaysia.

11. Apakah tindakan yang saya perlu lakukan untuk mendapatkan no siri APC sekiranya sijil
APC saya hilang?
Pemohon perlu menghubungi talian 03-88833553 atau email ke nursing@moh.gov.my
untuk mendapatkan nombor siri tersebut.

12. Adakah majikan dibenarkan menyimpan APC yang asal tanpa memberikan salinan kepada
pekerja?
Pemohon perlu merujuk kepada surat perjanjian / kontrak perjanjian diantara pemohon dan majikan. LJM tidak terlibat didalam perkara ini.

13. Apa dokumen yang perlu dibawa sekiranya pemohon ingin mengambil sendiri dokumen
yang telah siap diproses di kaunter?
Individu yang diberi kuasa oleh majikan untuk menuntut dokumen perlu mengemukakan surat rasmi (turun kuasa) dari majikan bersama Salinan kad pengenalan/passport. Pihak Lembaga Jururawat Malaysia tidak akan membenarkan pengambilan sebahagian daripada keseluruhan dokumen dan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dokumen yang telah diserahkan.

14. Apakah tanggungjawab pemohon dan majikan terhadap sijil APC?
14.1 Majikan perlu menyimpan salinan lengkap permohonan yang dikemukakan sebagai rujukan sekiranya perlu.

14.2 Sijil APC ini perlu dibuat salinan dan disimpan ditempat yang selamat bagi mengelakkan kehilangan atau rosak.

15. Adakah warganegara asing boleh memohon Sijil Pengamalan Tahunan?
Warganegara asing boleh memohon Sijil Pengamalan Sementara (TPC) untuk bekerja di Malaysia. Pemohon mesti mendapatkan kelulusan bekerja di Malaysia terlebih dahulu daripada Jabatan Imigresen Malaysia sebelum menghantar permohonan kepada Lembaga Jururawat Malaysia.

16. Sekiranya saya mempunyai soalan dimana saya boleh mengemukakan pertanyaan?
Pemohon boleh menghubungi LJM di talian 03-8883 3553 atau menghantar email pertanyaan kepada nursing@moh.gov.my

Pemohon perlu memberikan maklumat seperti nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor pendaftaran untuk memudahkan semakan.

17. Dimanakah saya perlu menghantar borang permohonan?
Hantarkan dokumen yang lengkap dan bayaran (sertakan Bank Draft atau Kiriman Wang yang ASAL ke alamat dibawah:

Kementerian Kesihatan Malaysia
Lembaga Jururawat Malaysia
Aras 3, Block E7, Parcel E, Presint 1,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya
Malaysia

Pengekalan Nama (RON)

1. Apakah yang dimaksudkan dengan pengekalan nama?
 Pengekalan nama Pengekalan nama ialah permohonan bagi mengekalkan nama didalam Daftar Lembaga Jururawat Malaysia.

2. Apakah tujuan Pengekalan Nama?
Untuk mengelakkan nama dikeluarkan dari Daftar.
‘Jika fee pengekalan nama tidak diterima selewat-lewatnya 30hb September tahun itu nama orang itu hendaklah dikeluarkan daripada Daftar’
(Peraturan Peraturan Pendaftaran Jururawat 1985, subperaturan 12(3).

3. Siapa yang boleh memohon untuk Pengekalan Nama?
3.1 Telah didaftarkan di dalam LJM namun belum mendapat pekerjaan
3.2 Bekerja di luar negara
3.3 Melanjutkan pelajaran dalam tempoh 12 bulan di luar negara
3.4 Mengambil cuti separuh gaji/cuti tanpa gaji dalam tempoh melebihi 12 bulan
3.5 Cuti sakit/cuti kanser bagi tempoh melebihi 12 bulan
3.6 Pesara
3.7 Tidak bekerja sebagai jururawat

4. Bagaimana membuat Pengekalan Nama?
Borang permohonan dan senarai semak boleh dimuat turun di laman sesawang Bahagian Kejururawatan iaitu https://hq.moh.gov.my/nursing

     4.1  Permohonan kali pertama

             4.1.1 Borang permohonan yang betul
             4.1.2 Salinan Perakuan Pendaftaran Jururawat LJM
             4.1.3 Surat letak majikan yang terkini
             4.1.4 Salinan laporan perubatan/rumusan cuti sakit
             4.1.5 Salinan surat atau kad pesara
             4.1.6 Salinan surat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara

     4.2 Permohonan pembaharuan

             4.2.1 Borang permohonan yang betul
             4.2.2 Salinan Perakuan Pendaftaran Jururawat LJM

5. Bila masa yang sesuai untuk menghantar permohonan?
Permohonan boleh dihantar pada bulan Januari dan tidal lewat 30 September tahun semasa.

‘Mana-mana orang yang diterima masuk dalam bahagian am Daftar dan tidak menjalankan
amalan kejururawatan di Malaysia tetapi berhasrat mengekalkan namanya dalam Daftar
hendaklah membayar kepada Pendaftar fee pengekalan nama sebanyak dua puluh lima ringgit
tidak lewat daripada 30hb September dalam tiap-tiap tahun’
(Peraturan Peraturan Pendaftaran Jururawat 1985,subperaturan 12(1).

 6. Berapa tempoh minima dan maksima pengekalan nama boleh dipohon?
Permohonan boleh dipohon minima satu tahun dan maksima 3 tahun dari tahun semasa.

7. Berapa lama permohonan Pengekalan Nama akan diproses?
Permohonan akan diproses 6-8 minggu dari tarikh resit kewangan.

8. Berapakah bayaran yang dikenakan bagi Pengekalan Nama?
Bayaran yang dikenakan ialah sebanyak RM 25 bagi setahun. Bayaran perlu dilakukan dalam bentuk Bank Draft atau Kiriman Wang atas nama Setiausaha Lembaga Jururawat Malaysia. Bank Draft atau Kiriman wang yang ASAL perlu disertakan bersama borang permohonan.

9. Bagaimanakah kaedah penghantaran permohonan Pengekalan Nama?
Permohonan dan Slip bayaran Bank Draft atau Kiriman wang yang ASAL boleh dihantar secara serahan tangan di kaunter LJM atau secara pos.

10. Apakah yang menyebabkan proses permohonan menjadi lewat atau ditolak?
10.1 Borang permohonan yang salah dan tidak lengkap
10.2 Dokumen sokongan tidak disertakan
10.3 Bank Draft atau Kiriman wang yang tidak tepat bayaran atau luput tempoh sah laku
10.4 Bank Draft atau Kiriman wang yang ASAL tidak disertakan.

11. Sekiranya saya mempunyai soalan, dimana saya boleh mengemukakan pertanyaan?
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 03-88833561 atau email ke nursing@moh.gov.my

12. Dimanakah saya perlu menghantar borang permohonan?
Hantarkan dokumen permohonan yang lengkap beserta Slip bayaran Bank Draft atau Kiriman wang yang ASAL ke alamat dibawah :

Kementerian Kesihatan Malaysia
Lembaga Jururawat Malaysia
Aras 3, Blok E 7, Parcel E, presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Putrajaya
Malaysia.

Pengesahan Pendaftaran (VOR)

1. Apakah yang dimaksudkan dengan pengesahan pendaftaran?
Penyataan pengesahan pendaftaran jururawat yang telah berdaftar di dalam Lembaga Jururawat Malaysia atau Lembaga Bidan Malaysia.

2. Apakah tujuan pengesahan pendaftaran?
Untuk mengesahkan jururawat yang telah berdaftar di dalam Lembaga Jururawat Malaysia atau Lembaga Bidan Malaysia.

3. Siapa yang boleh memohon untuk pengesahan pendaftaran?
Jururawat yang memohon untuk bekerja di luar negara

4. Bagaimana membuat pengesahan pendaftaran?
Borang permohonan dan senarai semak boleh dimuat turun di laman sesawang Bahagian Kejururawatan iaitu https://hq.moh.gov.my/nursing

5. Apakah dokumen yang diperlukan?
5.1 Borang permohonan yang betul
5.2 Salinan Perakuan Pendaftaran Jururawat LJM atau LBM
5.3 Salinan Perakuan Pendaftaran Jururawat LJM atau LBM yang telah dialih bahasa ke English oleh penterjemah yang berdaftar.
5.4 Borang khas daripada Nursing Board atau Nursing Council negara yang hendak di daftar.

6. Berapa lama permohonan pengesahan pendaftaran akan diproses?
Permohonan akan diproses 6-8 minggu dari tarikh resit kewangan.

7. Berapakah bayaran yang dikenakan bagi setiap pengesahan pendaftaran?
Bayaran yang dikenakan ialah sebanyak RM 30 bagi setiap pengesahan. Bayaran perlu dilakukan dalam bentuk Bank Draft atau Kiriman Wang atas nama Setiausaha Lembaga Jururawat Malaysia. Bank Draft atau Kiriman wang yang ASAL perlu disertakan bersama borang permohonan.

8. Bagaimanakah kaedah penghantaran permohonan pengesahan pendaftaran?
Permohonan dan Slip bayaran Bank Draft atau Kiriman wang yang ASAL boleh dihantar secara serahan tangan di kaunter LJM atau secara pos.

 9. Apakah yang menyebabkan proses permohonan menjadi lewat atau ditolak?
9.1 Borang permohonan yang salah dan tidak lengkap
9.2 Dokumen sokongan tidak disertakan
9.3 Maklumat yang tidak lengkap di dalam borang khas
9.4 Bank Draft atau Kiriman wang yang tidak tepat bayaran atau luput tempoh sah laku
9.5 Bank Draft atau Kiriman wang yang ASAL tidak disertakan.

10. Sekiranya saya mempunyai soalan, dimana saya boleh mengemukakan pertanyaan?
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 03-88833561 atau email ke nursing@moh.gov.my

11. Dimanakah saya perlu menghantar borang permohonan?
Hantarkan dokumen permohonan yang lengkap beserta Slip bayaran Bank Draft atau Kiriman wang yang ASAL ke alamat dibawah :

Kementerian Kesihatan Malaysia
Lembaga Jururawat Malaysia
Aras 3, Blok E 7, Parcel E, presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Putrajaya
Malaysia.

Verifikasi Transkrip Latihan (VOT)

1. Apakah yang dimaksudkan dengan pengesahan transkrip latihan?
Penyataan pengesahan transkrip latihan kejururawatan peringkat PHD,Sarjana, Ijazah, Diploma, Sijil dan Post basic.

2. Apakah tujuan pengesahan transkrip latihan?
Untuk mengesahkan transkrip latihan dan sebagai satu keperluan bagi permohonan untuk bekerja di luar negara.

3. Siapa yang boleh memohon untuk pengesahan transkrip latihan?
Jururawat yang memohon untuk bekerja di luar negara

4. Bagaimana membuat pengesahan transkrip latihan?
Borang permohonan dan senarai semak boleh dimuat turun di laman sesawang Bahagian Kejururawatan iaitu https://hq.moh.gov.my/nursing

5. Apakah dokumen yang diperlukan?
5.1 Borang permohonan yang betul
5.2 Salinan Perakuan Pendaftaran Jururawat LJM atau LBM
5.3 Salinan transkrip latihan yang telah diakui sah

6. Berapa lama permohonan pengesahan transkrip latihan akan diproses?
Permohonan akan diproses 6-8 minggu dari tarikh resit kewangan.

7. Berapakah bayaran yang dikenakan bagi setiap pengesahan transkrip latihan?
Bayaran yang dikenakan ialah sebanyak RM 30 bagi setiap pengesahan. Bayaran perlu dilakukan dalam bentuk Bank Draft atau Kiriman Wang atas nama Setiausaha Lembaga Jururawat Malaysia. Bank Draft atau Kiriman wang yang ASAL perlu disertakan bersama borang permohonan.

8. Bagaimanakah kaedah penghantaran permohonan pengesahan transkrip latihan?
Permohonan dan Slip bayaran Bank Draft atau Kiriman wang yang ASAL boleh dihantar secara serahan tangan di kaunter LJM atau secara pos.

9. Apakah yang menyebabkan proses permohonan menjadi lewat atau ditolak?
9.1 Borang permohonan yang salah dan tidak lengkap
9.2 Dokumen sokongan tidak disertakan
9.3 Bank Draft atau Kiriman wang yang tidak tepat bayaran atau luput tempoh sah laku
9.4 Bank Draft atau Kiriman wang yang ASAL tidak disertakan.

10. Sekiranya saya mempunyai soalan, dimana saya boleh mengemukakan pertanyaan?
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 03-88833561 atau email ke nursing@moh.gov.my

11. Dimanakah saya perlu menghantar borang permohonan?
Hantarkan dokumen permohonan yang lengkap beserta Slip bayaran Bank Draft atau Kiriman wang yang ASAL ke alamat dibawah :

Kementerian Kesihatan Malaysia
Lembaga Jururawat Malaysia
Aras 3, Blok E 7, Parcel E, presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Putrajaya
Malaysia.

Surat Sokongan Majikan (LOGS)

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Letter Of Good Standing?
Penyataan pengesahan tatakelakuan jururawat.

2. Apakah tujuan Letter Of Good Standing?
Untuk mengesahkan tatakelakuan jururawat dari aspek kelakuan atau tindakan tatatertib.

3. Siapa yang boleh memohon untuk Letter Of Good Standing?
Jururawat yang memohon untuk bekerja di luar negara.

4. Bagaimana membuat Letter Of Good Standing?
Borang permohonan dan senarai semak boleh dimuat turun di laman sesawang Bahagian Kejururawatan iaitu https://hq.moh.gov.my/nursing

5. Apakah dokumen yang diperlukan?
5.1 Borang permohonan yang betul
5.2 Salinan Perakuan Pendaftaran Jururawat LJM
5.3 Salinan surat sokongan dari majikan yang terakhir/terkini

6. Berapa lama permohonan Letter Of Good Standing akan diproses?
Permohonan akan diproses 6-8 minggu dari tarikh resit kewangan.

7. Berapakah bayaran yang dikenakan bagi Letter Of Good Standing?
Tiada bayaran yang dikenakan.

8. Bagaimanakah kaedah penghantaran permohonan Letter Of Good Standing?
Permohonan boleh dihantar secara serahan tangan di kaunter LJM atau secara pos.

9. Apakah yang menyebabkan proses permohonan menjadi lewat atau ditolak?
9.1 Borang permohonan yang salah dan tidak lengkap
9.2 Dokumen sokongan tidak disertakan

10. Sekiranya saya mempunyai soalan, dimana saya boleh mengemukakan pertanyaan?
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 03-88833561 atau email ke nursing@moh.gov.my

11. Dimanakah saya perlu menghantar borang permohonan?
Hantarkan dokumen permohonan yang lengkap ke alamat dibawah :

Kementerian Kesihatan Malaysia
Lembaga Jururawat Malaysia
Aras 3, Blok E 7, Parcel E, presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Putrajaya
Malaysia.

Pernyataan Sijil Pendaftaran & Lencana Pendua

  1. Adakah saya boleh mendapatkan Perakuan Pendaftaran Jururawat yang asal atau lencana sekiranya yang asal hilang atau rosak?

    Perakuan Pendaftaran Jururawat hanya akan dikeluarkan sekali sahaja. Penyataan Perakuan Pendaftaran Jururawat akan dikeluarkan bagi yang hilang atau rosak. Lencana pendua akan dikeluarkan bagi lencana yang hilang atau rosak.
  1. Bagaimana membuat permohonan Perakuan Pendaftaran Jururawat yang hilang, rosak atau terdapat pertukaran maklumat?

    Borang permohonan dan senarai semak boleh dimuat turun di laman sesawang Bahagian Kejururawatan iaitu https://hq.moh.gov.my/nursing – panel muaturun -pendaftaran.
  1. Apakah dokumen yang diperlukan?

    3.1 Borang permohonan yang betul
    3.2 Salinan Perakuan Pendaftaran Jururawat -sekiranya ada
    3.3 Salinan kad pengenalan
    3.4 Salinan laporan polis
    3.5 Salinan perakuan pertukaran agama-jika berkaitan
    3.6 Salinan perakuan pertukaran nama dari JPN -jika berkaitan
  1. Berapa lama permohonan Penyataan Perakuan Pendaftaran Jururawat dan lencana akan diproses?

    Permohonan Penyataan Perakuan Pendaftaran Jururawat akan diproses 6-8 minggu
    dari tarikh resit kewangan manakala permohonan lencana pendua akan mengambil
    masa melebihi 3 bulan kerana ianya perlu ditempah dalam kuantiti yang banyak.
  1. Berapakah bayaran yang dikenakan bagi Penyataan Perakuan Pendaftaran Jururawat dan lencana?

    Bayaran RM 15 bagi Penyataan Perakuan Pendaftaran Jururawat dan RM 5 bagi lencana.
  1. Bagaimanakah kaedah penghantaran permohonan ?

    Permohonan boleh dihantar secara serahan tangan di kaunter LJM atau secara pos.
  1. Apakah yang menyebabkan proses permohonan menjadi lewat atau ditolak?

    7.1Borang permohonan yang salah dan tidak lengkap
    7.2 Dokumen sokongan tidak disertakan
    7.3 Bank Draft atau Kiriman wang yang tidak tepat bayaran atau luput tempoh sahlaku
    7.4 Bank Draft atau Kiriman wang yang ASAL tidak disertakan.

  1. Bagaimana mendapatkan Perakuan Pendaftaran Jururawat dan lencana setelah tamat latihan?

    Perakuan Pendaftaran Jururawat dan lencana perlu diambil dari universiti atau
    Institusi Pengajian masing-masing.
  1. Apakah tindakan jika Perakuan Pendaftaran Jururawat dan lencana yang diterima terdapat kesilapan maklumat atau rosak?

    Penggantian Perakuan Pendaftaran Jururawat dan lencana tanpa caj akan diberikan dalam tempoh 3 bulan penerimaan, selepas dari tempoh tersebut penggantian akan dikenakan bayaran seperti yang telah ditetapkan oleh Lembaga.
  1. Sekiranya saya mempunyai soalan, dimana saya boleh mengemukakan pertanyaan?

    Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 03-88833562 atau email ke nursing@moh.gov.my
  1. Dimanakah saya perlu menghantar borang permohonan?

    Hantarkan dokumen permohonan yang lengkap ke alamat dibawah :
    Kementerian Kesihatan Malaysia
    Lembaga Jururawat Malaysia
    Aras 3, Blok E 7, Parcel E, presint 1
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62590 Putrajaya
Unit TPC

Adakah mana-mana negara boleh berkhidmat di Malaysia?

Semua negara dialu-alukan berkerja di Malaysia kecuali negara Israel.

Adakah semua kategori jururawat boleh berkhidmat di Malaysia?

Hanya jururawat terlatih dan mempunyai bidang pengkhususan kejururawatan (Pos basik) warganegara asing yang berdaftar dengan Lembaga/Majlis negara asal kecuali Pos basik Kebidanan dan Komuniti Kesihatan.

Apakah kreteria JTWA untuk memohon berkhidmat di Malaysia?

Sila rujuk di web site http://nursing.moh.gov. . (klik download dan menu TPC)

Berapakah bayaran fi proses untuk memohon kelulusan TPC?

Wang Pos atau bank draf bernilai RM50.00 seorang dialamatkan kepada Setiausaha Lembaga Jururawat Malaysia.

Setelah mendapat TPC , berapa lama tempoh sahlaku TPC yang diberikan?

Tempoh sahlaku TPC untuk 1 tahun sahaja dan pihak majikan perlu memperbaharui 2 bulan sebelum tempoh tamat TPC dan bayaran RM70.00 berbentuk wang pos atau bank draf bernilai RM70.00 seorang dialamatkan kepada Setiausaha Lembaga Jururawat Malaysia. TPC halnya sah untuk satu majikan sahaja.

Unit Kurikulum

Bagaimana untuk mengetahui sesebuah kolej yang menawarkan program kejururawatan yang mendapat pengiktarafan akreditasi?

Melalui laman web: www.mqa.gov.my/mqr

Bagaimana menyediakan dokumen bagi memohon penilaian akreditasi?

Melalui laman web: nursing.moh.gov.my

Mengapakah perlu untuk mengemas kini data sumber manusia dan pelajar setiap 6 bulan?

Disebabkan oleh pertukaran/pindaan anggota/pelajar

Mengapakah tempoh akreditasi berbeza dari satu kolej dengan kolej lain?

Tempoh akreditasi diberi mengikut laporan penilaian menggunakan instrumen penilaian dan persetujuan JTC

Apakah yang perlu dilakukan jika program ditolak?

Program yang ditolak boleh membuat rayuan melalui MQA dan Jawatankuasa Rayuan LJM

UNIT PEMBANGUNAN PROFESION (CPD)

Mengapa saya perlu CPD point?

Mata kredit CPD diperlukan untuk memastikan jururawat meningkatkan dan mengemaskini  pengetahuan secara berterusan  dan kompetensi dalam praktis. Ianya adalah satu keperluan untuk pembaharuan Perakuan Jururawat seperti yang ditetapkan dalam Akta Kejururawatan 1985.

Bagaimana saya hendak memohon mata CPD untuk kursus-kursus yang saya ingin anjurkan?

Memohon melalui Unit CPD Bahagian Kejururawatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dengan,

  • Mengisi borang BKJ-BOR-PP-14
  • Sertakan Lampiran program yang lengkap
  • Sertakan Lampiran CV penceramah

Garis panduan permohonan boleh dimuat turun dari Portal Nursing, KKM.

Kepada siapa saya perlu alamatkan permohonan mata kredit CPD?

Permohonan perlu di alamatkan kepada:

Pengarah Kejururawatan,
Bahagian Kejururawatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 3, Blok E1, Parcel E, Presint 1,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya.

Berapa lama masa akan diambil untuk proses permohonan CPD?

Kelulusan permohonan akan dimaklumkan dalam masa tujuh (7) hari bekerja, selepas dokumen permohonan diterima dengan lengkap.

Unit Peperiksaan

Tahukah anda di manakah Takwim Peperiksaan LJM/LBM boleh didapati?

Laman web adalah  –  https://hq.moh.gov.my/nursing

Apakah dokumen yang perlu dihantar melalui kolej ke LJM, Bahagian Kejururawaan untuk permohonan menduduki peperiksaan kejururawatan?

Dokumen-dokumen adalah: Borang permohonan calon (BKJ-BOR-PEP-05-01, Pin.1/2014), Maklumat Penuh Pelatih: BKJ-BOR-PEP-05-02 Pin.1/2014, dan salinan kad pengenalan (berpalang) serta Salinan Sijil Akademik yang diakui sah.

Bilakah borang permohonan (hard copy) untuk menduduki peperiksaan perlu dihantar ke LJM/LBM, Bahagian Kejururawatan?

Borang permohonan (hard copy) untuk menduduki peperiksaan perlu di isi dan maklumat pelajar di masuk kedalam SPMJ sebelum dihantar ke Bahagian Kejururawatan dalam masa 2 bulan sebelum peperiksaan.

Bilakah masanya untuk kolej mendaftar pelajar yang akan menduduki peperiksaan di Sistem Pengurusan Maklumat Jururawat (SPMJ)?

Pendaftaran di SPMJ untuk pelajar yang akan menduduki peperiksaan perlu dilakukan 2 bulan sebelum tarikh peperiksaan melalui laman sesawang SPMJ iaitu www.spmj.moh.gov.my/kolej

Berapakah jumlah bayaran yuran peperiksaan LJM/LBM bagi syarat kemasukan dalam Bahagian Am Daftar?

Bayaran yuran peperiksaan LJM/LBM untuk Program Diploma dan Advanced Diploma in Midwifery ialah RM30 manakala Program Jururawat Masyarakat dan Penolong Jururawat adalah RM15.

Bilakah keputusan peperiksaan peringkat kolej perlu dihantar ke LJM /LBM?

Bahagian Kejururawatan.

Keputusan peperiksaan pelajar di peringkat kolej perlu dihantar ke LJM/LBM, Bahagian Kejururawatan sekurang-kurang satu (1) bulan sebelum tarikh peperiksaan LJM   (Sila lihat Takwim Peperiksaan).

Bilakah keputusan peperiksaan LJM/LBM boleh di akses oleh pihak kolej?

Keputusan peperiksaan LJM/LBM boleh di akses  secara on-line selepas pengesahan keputusan disahkan oleh Pendaftar Lembaga Jururawat Malaysia, dalam masa 7 hari bekerja selepas penerimaan dengan lengkap, semua kertas jawapan peperiksaan dari  kolej kejururawatan.

Bagaimanakah cara anda mengemaskini rekod maklumat pelatih dalam SPMJ?

Kemaskini maklumat pelatih dalam menu ‘pinda/semak’ rekod pelatih ialah dengan mengklik butang pilih (sebelah kiri nama pelatih) dan seterusnya memastikan maklumat mandatori (bertanda **) disikan dengan lengkap dan betul.

Apakah yang dimaksudkan dengan markah berterusan?

Markah berterusan (cumulative marks) ialah markah keputusan akhir peringkat kolej bagi Kolej IPTA / IPTS yang berbentuk CGPA, manakala untuk calon dari Kolej KKM ialah Lulus / Gagal.

Bagaimanakah anda membuat ‘SARINGAN’ peringkat dalam SPMJ?

Sila pastikan maklumat calon telah dikemaskini terlebih dahulu dalam “pinda / semak rekod pelatih’ sebelum melakukan peringkat ‘SARINGAN’

Pilih menu ‘saring pelatih untuk peperiksaan’ dalam SPMJ.

Sila klik pada kotak disebelah kiri nama pelatih bagi memilih pelatih yang akan menduduki peperiksaan LJM / LBM pada sesi peperiksaan yang ditetapkan.

Bilakah peringkat ‘SARINGAN PELATIH UNTUK PEPERIKSAAN’ perlu dilakukan?

Peringkat ‘SARINGAN PELATIH’ mesti dilakukan dalam tempoh dua bulan dan sebelum tarikh peperiksaan diadakan dan tertakluk pada arahan terkini yang akan dipaparkan dalam bulletin SPMJ.

Unit Amalan Swasta & Fasiliti

Berapakah yuran yang perlu dibayar oleh institusi atas penggunaan fasiliti KKM setahun?

Sila rujuk Garispanduan Penggunaan Fasiliti KKM Tahun 2014

Apakah prosedur untuk memohon penempatan klinikal di fasiliti KKM?

Sila rujuk Garispanduan Penggunaan Fasiliti KKM Tahun 2014

Kepada siapa pembayaran perlu dibuat dan bila?

Pembayaran hendaklah dibuat atas nama:

Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia” dan dihantar ke:

Aras 7, Blok E1, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Semua pembayaran MESTI dibuat sebelum 31 Mei setiap tahun.

Adakah Klinikal Instruktor mesti mempunyai permit mengajar?

Ya. Ini tertakluk dalam Akta Institusi Swasta (Akta 555) di mana semua klinikal instruktor dan pengajar kejururawatan mesti mempunyai permit mengajar yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Sebagai CI, perlukan saya mempunyai “teaching methology” sebelum memohon permit mengajar?

Tidak perlu.

Unit Penyelidikan & Kualiti

Apa yang boleh saya adu kepada Bahagian Kejururawatan,IPKKM?

Semua aduan yang berkaitan dengan perkhidmatan kejururawatan dan “Code of Conduct”

Adakah sebarang bayaran dikenakan untuk membuat aduan?

Tiada.

Bolehkah saya membuat aduan bagi pihak orang lain?

Tidak digalakkan

Bolehkah saya mengemukakan aduan tanpa memberitahu maklumat peribadi?

Tidak digalakkan

Apakah jenis-jenis aduan yang dikemukakan?

Semua aduan yang berkaitan dengan perkhidmatan kejururawatan dan “Code of Conduct”

Bagaimana cara saya membuat aduan?

Telefon no :
03 – 8883 1322

Menulis Surat :
Unit Kualiti, Bahagian Kejururawatan
Aras 3, Blok E1,Kompleks E,Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Putrajaya, Malaysia

Hadir sendiri ke :
Bahagian Kejururawatan
Aras 3, Blok E1,Kompleks E,Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Putrajaya, Malaysia

Apakah tindakan yang akan diambil terhadap aduan saya?

Aduan akan disalurkan kepada Unit Koperasi Koporat (UKK), mengeluarkan no. kes dalam sistem. Surat akuan terima (SAT) kepada pengadu akan dikeluarkan dan siasatan akan dijalankan. Semua urusan surat menyurat berhubung dengan tindakan siasatan akan disalinkan kepada pengadu sebagai makluman.

Unit Amalan Kejururawatan ( Hospital Dan Kesihatan Awam)

Bagaimanakah cara memohon bagi mengikuti latihan kejururawatan di Kementerian Kesihatan Malaysia?

Permohonan untuk mengikuti latihan kejururawatan di Kementerian Kesihatan Malaysia adalah  melalui portal  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. (SPA 8i).

Apakah tugas seorang jururawat?

Sila layari portal MOH (kerjaya) atau Portal Kejururawatan  Kementerian Kesihatan Malaysia.

Bagaimanakah cara mengikuti kursus pos basik di fasiliti kerajaan?

Borang permohonan untuk mengikuti kursus  pos basik mestilah dikemukakan kepada Ketua Penyelia Jururawat Daerah/Hospital/ Negeri/Institusi setelah kursus in diiklankan.

Bagaimanakah cara permohonan pertukaran/perpindahan dalam negeri?

Permohonan pertukaran/perpindahan dalam negeri perlu melalui Ketua Penyelia Jururawat Daerah/ Hospital/ Negeri / /Institusi.

Bagaimanakah permohonan pertukaran keluar dari negeri ke negeri lain?

Permohonan pertukaran keluar  dari negeri ke negeri lain mesti melalui Ketua Penyelia Jururawat Negeri / Hospita/Institusi

Bagaimana untuk mendapatkan statistik kejururawatan bagi tujuan penyelidikan?

Perlu mendaftar dengan National Medical Research Register (NMRR) dan memohon secara rasmi melalui NMRR ke Bahagian Kejururawatan.

Apakah cara kenaikan pangkat dalam kejururawatan?

Urusan kenaikan pangkat jururawat bagi gred hakiki U32 ke atas adalah melalui tawaran dari  Kementerian Kesihatan Malaysia mengikut kekosongan dan peruntukan perjawatan oleh Jabatan Perkhidmatan awam. Pemilihanan bagi mereka yang layak dan memenuhi syarat yang ditetapkan akan dibuat oleh Lembaga Kenaikan Pangkat.

Unit Credentialing & Privileging

Apakah Credentialing?

Pengiktirafan kepada jururawat dengan menilai kelayakan individu dalam pengkhususan tertentu berdasarkan keperluan latihan professional, pengalaman, kemahiran dan kompetensi dalam melaksanakan tugas.

Apakah Privileging?

Keistimewaan dan kelayakan kepada jururawat dalam menjalankan prosedur tertentum dalam skop amalan penjagaan pesakit berdasarkan keperluan hospital.

Bagaimana untuk memohon Credentialing & Privileging?

  1. Permohonan untuk credentialing dilakukan secara manual dengan menggunakan borang Cred1 (2018) untuk permohonan baru dan borang Rcred 1 (2018) untuk permohonan memperbaharui sijil dan dihantar ke Unit Credentialing & Privileging, Bahagian Kejururawatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

    Borang permohonan boleh dimuat turun dari Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia.

  2. Permohonan untuk Privileging adalah melalui jawatankuasa di hospital tempat jururawat itu bertugas.

Apakah Disiplin Perkhidmatan yang boleh memohon Credentilaing?

  1. Perawatan Peri-Operatif
  2. Perawatan Rapi
  3. Oftalmologi
  4. Kecemasan & Trauma
  5. Dialisis (Hemodialisis / CAPD)
  6. Pre Hospital Care
  7. Pediatrik
  8. Neonatal
  9. Ortopedik
  10. Endoskopi
  11. Perawatan Peri-Anestesia
  12. Perawatan Paliatif

Siapakah yang layak memohon Credentialing?

Semua jururawat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Copyright © 2015 - Nursing Division, Ministry of Health Malaysia