1. Pengenalan
Fasiliti KKM (Hospital dan Klinik Kesihatan) telah digunapakai oleh Pelatih UA/IPTS/US secara formal bagi tujuan penempatan klinikal pelatih program kejururawatan UA/IPTS/US sejak tahun 1997. Ia melibatkan perjanjian persefahaman (MoA) yang ditandatangani di antara Kerajaan dan pihak UA/IPTS/US bagi tujuan penggunaan fasiliti KKM.
Unit membuat pemantauan kepada semua fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang digunapakai untuk memastikan keakuran pada panduan serta mengekalkan piawaian kejururawatan. Lawatan pemantauan bertujuan memastikan penempatan pelatih yang optimum
Pemantauan lawatan juga termasuk lawatan pemantauan ke universiti/kolej/institusi bagi memastikan pengajar dan instruktor klinikal (CI) yang dilantik mempunyai kelayakan serta memenuhi semua syarat seperti mempunyai APC, TPC, permit mengajar, “teaching methodology” dan semua adalah terkini dan disediakan.
2. Objektif:
- Memastikan program kejururawatan oleh Institut Pengajian Awam (IPTA)/Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dilaksanakan dengan efektif mengikut peraturan dan garispanduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Jururawat Malaysia (LJM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
- Mengkoordinasi penyediaan draf Memorandum of Agreement (MoA ) dan Supplementary Agreement ( SA ) untuk Institusi Awam dan Swasta dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas mendapat kelulusan dari Mesyuarat Jawatankuasa Fasiliti KKM.
- Bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam menilai kelayakan pengajar jururawat dan instruktor klinikal bagi mendapatkan permit mengajar.
3. Fungsi
- FUNGSI KLINIKAL DAN PENGURUSAN
Menyelia dan memantau pelajar kejururawatan di penempatan klinikal di fasiliti swasta atau KKM yang digunapakai oleh Universiti Awam (US)/Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)/Universiti Swasta (US)
- FUNGSI PENILAIAN DAN PEMANTAUAN
Memantau nisbah pelajar kepada pesakit dan klinikal instruktor di fasiliti serta melaporkan ketidakpatuhan Institusi kepada Lembaga Jururawat Malaysia dan agensi yang berkaitan untuk penambahbaikan.
- PENILAIAN BAGI SOKONGAN MENDAPATKAN PERMIT MENGAJAR
Menilai setiap permohonan mendapatkan permit mengajar mengikut garispanduan dalam Guidelines on Standard and Criteria for Approval/ Accreditation of Nursing Programmes (July 2010 Edition).
- PENGURUSAN ADUAN PELAJAR DI IPTS
Melaksanakan lawatan kesahihan aduan sekiranya perlu. Jika lawatan diperlukan laporan penemuan akan dihantar ke fasiliti/Institusi yang terlibat bagi memastikan langkah-langkan pembetulan dan penambahbaikan dilaksanakan.







