PENGENALAN
Penubuhan Unit Aduan dan Maklumbalas bertujuan untuk mengendalikan aduan berkaitan dengan kejururawatan.
OBJEKTIF UMUM
Menyelaras dan menguruskan aduan serta pertanyaan berkaitan dengan kejururawatan melalui pelbagai sumber seperti: SiSPAA, surat, portal, media massa, media cetak dan sebagainya.
OBJEKTIF KHUSUS
- Memastikan kualiti perkhidmatan kejururawatan di seluruh negara berada di tahap yang optima dan memenuhi ekspektasi pelanggan.
- Memastikan pengendalian aduan pelanggan dan maklumbalas pelanggan dalaman dan luaran kepada Bahagian Kejururawatan Kementerian Kesihatan Malaysia dijalankan dengan teratur supaya tindakan pembetulan, pencegahan dan penambahbaikan dapat diambil bagi meningkatkan taraf perkhidmatan.
FUNSI-FUNGSI UNIT
- Menjalankan tugas sebagai penyelaras aduan bagi Bahagian Kejururawatan.
- Menguruskan aduan dan pertanyaan berkaitan kejururawatan melalui pelbagai sumber seperti: SiSPAA, Surat, Portal, Media Massa, Media Cetak dan sebagainya.
- Menjalankan siasatan aduan yang diterima merangkumi jururawat awam dan swasta.
- Melaporkan kes-kes ketidakpatuhan meliputi Akta utama dan subsidiary serta Code of Professional Conduct kepada Unit yang bertanggungjawab.
- Menghadiri mesyuarat Pengurusan aduan peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Mengumpul dan menganalisa reten aduan setiap 3 bulan.
- Membentangkan atau menyalurkan maklumat berkaitan statistik aduan kejururawatan semasa Mesyuarat Pengurusan Teknikal Kejururawatan peringkat kebangsaan.
- Menyediakan kertas kerja yang berkaitan tugas dan tanggungjawab unit.
- Menghadiri mesyuarat Medico Legal bersama Bahagian Amalan Perubatan mengikut keperluan.
- Menjalankan kursus-kursus yang berkaitan skop aduan dan kepuasan pelanggan.
- Menyelaras, menganalisa dan membentang laporan pencapaian pelaksanaan Kajian Kepuasan Pelanggan luaran dan dalaman setiap 6 bulan.







