1. Pengenalan
Cawangan Amalan terdiri daripada dua unit iaitu Amalan Hospital dan Amalan Kesihatan. Secara amnya cawangan ini bertanggunjawab bagi mempastikan perkhidmatan kejururawatan di Bahagian Hospital dan Kesihatan Awam berfungsi mengikut ekspatasi yang diharapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Cawangan ini diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Kejururawatan Gred U48 dan unit dikendalikan oleh Penolong Pengarah Kanan Gred U44 dan dibantu oleh Penolong Pengarah Gred U42 serta Penyelia Jururawat Gred U36 dan seorang Pembantu Tadbir Gred N17 untuk urusan perkeranian.
2. Objektif
Untuk memberikan perkhidmatan kejururawatan yang kompiten, cekap dan selamat antara perkhidmatan hospital dan kesihatan awam kementerian kesihatan Malaysia
3. Fungsi
- Memberi cadangan dalam penempatan dan pertukaran jururawat yang bertugas di fasiliti kesihatan.
- Memberi input mengenai perancangan tenaga manusia (anggota jururawat) di perkhidmatan kejururawatan termasuk mengenalpasti jenis pengkhususan dan latihan yang diperlukan.
- Menyelaras amalan perkhidmatan kejururawatan Hospital dan Kesihatan Awam mengikut Standard Operational Procedure (SOP)
- Memantau perkhidmatan kejururawatan di fasiliti perkhidmatan Hospital dan Kesihatan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Menyediakan Garispanduan Amalan Klinikal (CPG) untuk rujukan anggota kejururawatan di Hospital dan Kesihatan Awam.
- Merancang, mengkoordinasi dan melaksanakan aktiviti-aktiviti penambahbaikan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kejururawatan
- Merancang, menggubal dan mengkaji polisi perkembangan perkhidmatan kejururawatan di Hospital Dan Kesihatan Awam
- Mengumpul dan menganalisa statistik kejururawatan di Hospital dan Kesihatan Awam.
- Menyelaras penempatan pelatih kejururawatan bagi penggunaan fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Sentiasa berkolaborasi dengan Bahagian Perkembangan Perubatan dan Bahagian Perkhidmatan Kesihatan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia dalam perancangan, perlaksanaan dan penilaian perkhidmatan kejururawatan.







