Medical Development Division

PROGRAM PERUBATAN

Kementerian Kesihatan Malaysia Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
W.P. Putrajaya

Lawatan Kerja oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Ke Hospital Shah Alam

Pada 24 Mei 2023, YBhg Dato’ Dr. Asmayani binti Khalib, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) telah berbesar hati melawat ke Hospital Shah Alam (HSAS). Hadir sama dalam lawatan tersebut adalah pihak pengurusan tertinggi Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS). Hospital Shah Alam merupakan hospital berpakar, dan merupakan sebahagian dari Kluster Selangor Tengah, bersama Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang dan Hospital Banting.

Lawatan ini merangkumi perjumpaan dengan Pengurusan Tertinggi dan Ketua-ketua Jabatan HSAS, dan memberikan kesempatan kepada pihak hospital menyuarakan isu-isu berbangkit dan membincangkan perluasan inisiatif KKM dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan. Pelbagai cadangan penambahbaikan telah diutarakan pihak Hospital Shah Alam dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan termasuklah menangani isu kesesakan di hospital ini. Banyak usaha yang telah dilakukan, dan masih banyak peluang penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh pihak hospital berkenaan perkara ini. Sememangnya pihak HSAS dilihat komited dalam memastikan keselesaan dan keselamatan pesakit terjamin dalam menerima rawatan di hospital ini.