- Memastikan pembayaran dibuat dalam tempoh tiga (3) hari kalendar dari tarikh arahan pembayaran diluluskan oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ).
- Membayar gaji bulanan anggota Kementerian dan Jabatan tidak lewat daripada 25hb setiap bulan.
- Mengeluarkan Laporan Naziran dalam tempoh 14 hari dari tarikh Mesyuarat Penutup bagi membolehkan tindakan pembetulan dan penambahbaikan diambil dengan serta merta oleh PTJ.
- Maklumbalas awal terhadap aduan/pertanyaan berkaitan Sistem Perakaunan/Prosedur dan Piawaian Perakaunan Akruan diberi dalam tempoh 3 hari bekerja.
- Menyediakan Penyata Kewangan Kementerian dengan tepat dan lengkap mengikut tarikh yang ditetapkan.
Kemaskini: September 2025
