Saiz Teks: A- A A+

| Pilihan Bahasa : English | Bahasa Melayu   |

MAKLUMAN KELULUSAN TENAGA PENGAJAR DAN PUSAT LATIHAN KURSUS PEMBANGUNAN KAPASITI (KPK)

PERUBATAN TRADISIONAL INDIA (PTI) SIDDHA DAN AYURVEDA

 

Berdasarkan Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) 2016 [Akta 775], seseorang yang ingin mengamal dalam bidang amalan yang diiktiraf perlu berdaftar dengan Majlis PT&K. Namun, terdapat pengamal yang tiada kelayakan yang diiktiraf tetapi mempunyai tahun pengalaman mengamal seperti yang ditetapkan oleh Majlis PT&K iaitu golongan ‘grandfathering’. Bagi membantu pengamal dalam golongan ‘grandfathering’ untuk mendaftar sebagai pengamal PT&K di bawah Akta 775, Majlis PT&K telah menetapkan pelaksanaan KPK untuk bidang perubatan tradisional (Melayu, Cina, India) dan homeopati. Kehadiran ke KPK dengan jayanya adalah salah satu kriteria pendaftaran yang perlu dipenuhi oleh sebilangan pengamal yang dikenal pasti dalam tempoh peralihan iaitu daripada 1 Mac 2021 hingga 29 Februari 2024.

Sukacita dimaklumkan bahawa pusat latihan dan tenaga pengajar untuk KPK PTI Siddha dan Ayurveda telah diluluskan oleh pihak Majlis PT&K. Maklumat lanjut berkenaan Senarai Pusat Latihan KPK Yang Diluluskan oleh Majlis PT&K boleh didapati di laman web rasmi Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari di https://hq.moh.gov.my/tcm/ms/index.php/senaraipusatlatihankpkv7. Pengamal PTI Siddha dan Ayurveda yang telah menerima Surat Pemakluman Keperluan Menghadiri KPK adalah dinasihatkan untuk menghubungi pusat latihan berkenaan dan menyertai KPK agar proses pendaftaran pengamal berjalan dengan lancar.

 

Sekian, harap maklum.