RESET
RESET ialah pendekatan keseluruhan negara untuk memajukan pembaharuan bagi menangani punca inflasi perubatan. RESET mengutamakan penjagaan kesihatan berasaskan nilai, yang memberikan tumpuan pada hasil keseluruhan bagi pesakit, mengoptimumkan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang menjimatkan kos, dan meningkatkan akses kepada penjagaan berkualiti.
Usaha ini menggembleng peserta dan pihak berkepentingan utama, yang merangkumi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Kewangan (MOF), Bank Negara Malaysia (BNM), syarikat insurans dan pengendali takaful (ITO), hospital dan klinik swasta, doktor, kumpulan pengguna dan pihak berkepentingan lain untuk melaksanakan pelbagai inisiatif yang berpandukan lima teras strategik.
Membangunkan mekanisme untuk konsisten menghasilkan, memantau, dan menerbitkan penanda utama inflasi perubatan
Mengkaji semula perundangan dan peraturan untuk memperkukuh pengawasan hospital swasta, menyokong ketelusan harga, dan pembayaran berdasarkan Kumpulan Berkaitan Diagnosis (Diagnosis-Related Groups, DRG)
Menetapkan standard dan mekanisme pengumpulan data berhubung dengan kos penjagaan kesihatan swasta
Mempertingkatkan tahap saling kendali Rekod Perubatan Elektronik (Electronic Medical Records, EMR) untuk mengurangkan ujian dan prosedur diagnostik yang bertindih
Pelaksanaan dan peluasan tawaran perkhidmatan "Ekonomi Premium" oleh Rakan KKM
Pelaksanaan DRG secara berperingkat untuk menggantikan pembayaran fi bagi perkhidmatan (fee for service, FFS) yang sedia ada
Strategi RESET mencerminkan komitmen untuk bertindak balas melalui pendekatan seluruh negara, yang diperlukan untuk menangani pelbagai isu daripada segenap aspek, demi menyampaikan hasil kesihatan yang lebih baik untuk semua rakyat Malaysia. Inisiatif di bawah Strategi RESET berfungsi selari dengan pembaharuan lain untuk memperkukuh dan memperbaharui penjagaan kesihatan di Malaysia. Inisiatif ini merangkumi pembaharuan kesihatan yang dibentangkan dalam Kertas Putih Kesihatan Malaysia oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Menyedari usaha menangani peningkatan kos penjagaan kesihatan swasta dan inflasi perubatan memerlukan pendekatan seluruh negara, sebuah jawatankuasa antara agensi telah ditubuhkan untuk memacu inisiatif RESET.
Usaha kolaboratif ini diterajui oleh Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri untuk Kos Penjagaan Kesihatan Swasta (JBMKKS), yang ditubuhkan pada bulan Jun 2025. JBMKKS dianggotai wakil-wakil daripada MOF, KKM, dan BNM. Jawatankuasa ini dipengerusikan bersama oleh Menteri Kewangan II, YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, dan Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad.
Menteri Kewangan II
Menteri Kesihatan
Bagi menyokong mandatnya, JBMKKS dibantu oleh Jawatankuasa Pemandu dan Majlis Perundingan. Jawatankuasa Pemandu dianggotai wakil-wakil daripada MOF, KKM, dan BNM untuk menyelaraskan dasar dan pelaksanaan. Manakala Majlis Perundingan pula menghimpunkan pihak berkepentingan utama, termasuk hospital swasta, ahli perubatan, syarikat insurans dan pengendali takaful, kumpulan pengguna, serta ahli akademik untuk memberikan input teknikal dan maklum balas.
Majlis Perundingan diwakili oleh:
Lihat senarai ahli
Siaran Akhbar
| Tarikh | Tajuk |
|---|---|
|
22 Januari 2026 |
|
|
25 Jun 2025 |
CSS




