Visi, Misi, Objektif & Peranan

 

Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik.

 

Misi KKM adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama :

 

Untuk memudahkan dan membolehkan rakyat

• Mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan

• Menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga

• Mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka

 

Untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi, iaitu

• Saksama

• Tidak Membebankan

• Cekap

• Wajar mengikut teknologi

• Boleh disesuaikan mengikut persekitaran

• Mengutamakan pelanggan

• Inovatif

 

dengan menekankan :

• Sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan

• Sifat menghormati maruah insan

• Penglibatan masyarakat

 

Untuk membantu seseorang individu untuk mencapai dan mengekalkan satu taraf kesihatan bagi membolehkannya menjalankan kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif.

Ini boleh dicapai dengan menyediakan perkhidmatan bercorak penggalakan, pencegahan, rawatan dan pemulihan yang cekap, sesuai dan berkesan dengan memberi penekanan kepada golongan-golongan yang kurang bernasib baik.

 

Untuk meningkatkan taraf kesihatan pergigian rakyat Malaysia melalui kerjasama dengan pemegang taruh di sektor awam dan swasta dalam mempromosi penjagaan kesihatan pergigian, pencegahan klinikal, rawatan dan pemulihan dengan memberi penekanan kepada kumpulan-kumpulan utama yang dikenalpasti, termasuk penduduk yang terpinggir dan mudah terjejas agar taraf kesihatan pergigian rakyat sentiasa selari dengan kemajuan sosio-ekonomi negara.

 

Membangunkan dasar kesihatan pergigian negara, menerajui inisiatif kajian dan epidemiologi kesihatan pergigian di peringkat kebangsaan atau antarabangsa, pembangunan profesion dan modal insan anggota, pembangunan dan perkembangan fasiliti, pengurusan maklumat serta perkembangan teknologi dalam bidang pergigian

• Mentadbir urus implementasi dasar-dasar kesihatan pergigian, penyampaian perkhidmatan dan amalan kesihatan pergigian di peringkat negeri dan institusi. Memberi sokongan kepada Pusat Pergigian Kanak-Kanak dan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Pergigian) Georgetown dalam penyediaan pusat rawatan pergigian bagi kanak-kanak dan kemudahan latihan auksiliari

• Menerajui pengurusan Program Penjagaan Kesihatan Pergigian termasuk merancang, mengatur, memantau dan menilai aktiviti-aktiviti merangkumi promosi kesihatan pergigian, penjagaan kesihatan pergigian masyarakat, primer dan kepakaran bagi memastikan peningkatan kesihatan pergigian rakyat secara berterusan

• Menjamin pengamalan dan penyampaian perkhidmatan kesihatan pergigian negara yang selamat dan berkualiti melalui penggubalan, penguatkuasaan undang-undang dan peraturan berkenaan amalan pergigian meliputi amalan profesional dan auksiliari, akreditasi pengajian pergigian serta pelaksanaan inisiatif kualiti

• Melaksanakan peruntukan di bawah Akta Pergigian 1971, persediaan bagi Akta Pergigian 2018, dan mematuhi Akta-Akta lain yang berkaitan

• Memberi perkhidmatan sokongan dalam urusan pentadbiran dan kewangan dengan berkesan dan efisien mengikut peraturan-peraturan semasa untuk pelaksanaan aktiviti-aktiviti perkhidmatan kesihatan pergigian

• Berkolaborasi dengan agensi-agensi Kerajaan dan Bukan Kerajaan mengenai aspek kesihatan pergigian di pelbagai peringkat di dalam negara dan antarabangsa.

 

820332
Hari ini
Semalam
Minggu ini
Minggu lepas
Bulan ini
Bulan-bulan sebelum
Jumlah
329
568
329
814863
19141
15830
820332

Your IP: 3.237.32.15
2023-05-29 02:34
 
Hubungi kami Media Sosial  

Program Kesihatan Pergigian 

Aras 5, Blok E10, Kompleks E,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62590 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Malaysia

Tel : 03-8883 4215

Faks : 03-8888 6133

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PENAFIAN: Program Kesihatan Pergigian tidak akan

bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang

diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

 

 

Tarikh kemaskini : 7 Oktober 2022

 

Hakcipta Terpelihara © 2012 - 2022, Program Kesihatan Pergigian, KKM

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Sitemap | Bantuan