Soalan Lazim Kesihatan Pergigian
Ya. Untuk memastikan masa temujanji dipatuhi kedua-dua pihak, adalah amat penting bagi pesakit untuk datang lebih awal. Jika waktu temujanji tidak dipatuhi, doktor bertugas layak untuk memulakan rawatan bagi pesakit lain yang juga mempunyai temujanji.
Kad Pengenalan diri sudah memadai. Sebarang borang/surat rujukan juga harus dibawa.
Bergantung kepada keadaaan dan tahap keseriusan penyakit yang dihadapi. Secara purata, pesakit digalakkan merancang sekurang-kurangnya 2 jam bagi lawatan ke Klinik Pergigian Kerajaan.
Ramai tidak mengamalkan pemeriksaan secara berkala, tetapi hanya pergi ke klinik pergigian apabila menghadapai masalah berkaitan kesihatan pergigian. Hal ini kononnya kerana anggapan dapat menjimatkan kos kewangan. Walaubagaimanapun, usaha ini kebiasaannya akan menyebabkan peningkatan kos kewangan dan masa bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. Hal ini kerana, kebanyakan penyakit pergigian tidak menunjukkan simptom atau petanda sehingga telah terlambat. Penyakit yang lebih kompleks akan memakan kos yang lebih tinggi dan masa yang lebih panjang.
Flos mengurangkan bilangan bakteria di mulut pesakit. Bakteria ini berada di sisa makanan yang boleh dibuang menggunakan flos. Berus gigi juga mampu membuang sisa makanan di gigi, tetapi bukan secara keseluruhan. Flos mampu masuk ke kawasan celah gigi untuk membersihkan kawasan tersebut. Jika flos gigi tidak diamalkan, sisa makanan akan mula mengeras, menjadi kalkulus. Kalkulus tidak boleh dibuang dengan hanya memberus gigi, tetapi memerlukan rawatan profesional.
Jadikan aktiviti memberus sesuatu yang meneronokkan! Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh Program Kesihatan Pergigian bagi memupuk sikap rajin memberus gigi termasuklah melalui Latihan Memberus Gigi Berirama dan memberus bersama Boneka. Dengan menggalakkan kanak-kanak memberus, pelbagai penyakit gigi dapat dicegah.
Gigi berlubang merupakan penyakit tidak berjangkit. Ia terjadi kerana tabiat penjagaan kesihatan pergigian yang tidak sempurna dan juga tabiat pemakanan yang tidak sihat. 5 langkah mudah boleh dilaksanakan bagi mencegah gigi berlubang, iaitu:
Banyak penyakit kesihatan pergigian tidak mampu dilihat menggunakan mata kasar sahaja. Pemeriksaan xray boleh mengesan Mengesan dan merawat penyakit kesihatan pergigian di peringkat awal dapat menjimatkan masa, duit dan mengurangkan ketidakselesaan. Xray boleh mengesan kerosakan pada struktur oral yang tidak dapat dilihay melalui pemeriksaan berkala. Doktor gigi akan menilai keperluan pengambilan xray.
Fluorida merupakan mineral yang boleh dijumpai secara semula jadi dalam kebanyakan makanan seperti ikan, bayam, epal dan susu. Kurang pengambilan fluorida boleh menyebabkan individu terdedah kepada risiko gigi berlubang. Fluorida amat penting bagi kesihatan pergigian kerana ia mencegah penyakit gigi berlubang dengan menjadikan lapisan gigi lebih tahan asid yang dihasilkan oleh bakteria dalam sisi makanan yang melekat di gigi.
American Dental Association telah menyatakan fissure sealant merupakan salah satu dari senjata utama dalam mengatasi gigi berlubang. Fissure sealant merupakan satu salutan bahan tampalan yang ditampal pada permukaan mengunyah gigi. Fissure sealant memainkan peranan sebagai penghalang dan perlindungan penyebab gigi berlubang.
Menindik merupakan salah satu dari cara mengekspresi diri. Walaubagaimanapun potensi masalah melalui menindik adalah tinggi. Simptom selepas menindik termasuklah sakit, bengkak, jangkitan, air liur meleleh secara berlebihan, hilang deria rasa, parut, gigi pecah dan lain-lain. Sebelum menindik, berjumpalah doktor gigi terlebih dahulu untuk mendapatkan nasihat dan pendapat. Jika tindikan telah dilakukan, dan anda mengahdapi masalah, segeralah berjumpa dengan doktor gigi.
Kecederaan oral selalunya menyebabkan kesakitan yang banyak dan harus dirawat oleh doktor gigi dengan kadar segera. Jika gigi tercabut, laksanakan langkah berikut:
Ketika seseorang tidur, penghasilan air liur berkurang. Disebabkan air liur menjadi mouthwash semula jadi, bakteria yang berada di dalam mulut bolehmenjalankan proses menghadam sisa makanan dalam mulut tanpa halangan, yang akan menghasilkan sulfur sebagai bahan buangan. Sulfur merupakan bahan kimia yang menyebabkan bau busuk. Walaubagaimanapun, mulut berbau yang berterusan walau selepas memberus gigi, menunjukkan masalah yang lebih serius. Anda perlu berjumpa dengan doktor gigi secepat mungkin bagi mendapat nasihat dan rawatan berkenaan masalah ini.
Pesakit boleh menggunakan ubat gigi sensitif yang boleh membantu masalah gigi sensitif. Selain itu, makanan yang kaya dengan asid seperti limau dan air soda boleh menyebabkan gigi sensitif. Jika ubat gigi sensitif tidak berkesan, sebaiknya doktor gigi dilawat.
Penyakit periodontal merupakan penyakit yang melibatkan jangkitan dan keradangan gusi dan struktur sokongan seperti tulang. Jika penyakit ini tidak dirawat, ia mungkin menyebabkan kemusnahan tulang dan kebarangkalian gigi hilang. Penyakit periodontal yang tidak dirawat boleh dikaitkan dengan peningkatan risiko bagi keadaan seperti penyakit jantung, angin athmar, low birth weight babies, kelahiran pramatang, penyakit pernafasan dan kanser. Antara petanda penyakit periodontal adalah: Penyakit gusi peringkat awal boleh dilaksanakan dengan mudah. Walaubagaimanapun, peringkat lanjut mungkin memerlukan pembedahan. Penyakit periodontal boleh dicegah dan dirawat dengan jayanya jika pemeriksaan dijalankan secara berkala dan penjagaan kesihatan pergigian yang berkesan.
Kesan pemutihan gigi berbeza bagi setiap individu. Amalan harian seperti merokok, meminum arak atau kopi, makan makanan berasid boleh menyebabkan gigi menjadi kuning dengan lebih cepat. Pada asasnya, pemutihan gigi dijangka boleh berkesan selama beberapa tahun. Walaupun kesan mungkin pudar, touch-up boleh dilakukan bagi mendapatkan semula kilauan.
E-cigarette hanya tidak membebaskan asap, tetapi ia tidak bermakna ia tidak berbahaya. Antara risiko yang munkin dihadapi adalah: Dinasihatkan pesakit yang menggunakan tembakau mematuhi jadual pemeriksaan secara berkala.
Gusi berdarah merupakan salah satu simptom penyakit periodontal. Kebanyakan masa, mereka yang menghadapi gusi berdarah berhenti memberus dengan kerap kerana sakit gusi dan takut gusi berdarah. Walaubagaimanapun, memberus merupakan cara yang paling penting bagi mengurangkan bengkak gusi. Pemeriksaan kesihatan mulut secara berkala amat penting bagi merawat keadaan gusi berdarah. Ubat tahan sakit mungkin boleh memberi keselesaan sementara. Walaubagaimanapun, bagi menyelesaikan masalah tersebut, adalah penting bagi pemeriksaan dengan doktor gigi dilakukan.
Banyak faktor boleh menyebabkan gigi menjadi kuning seperti menggunakan tembakau, makanan dan juga minuman. Bahan-bahan ini akan terus menjejaskan gigi sehingga kekuningan. Minuman panas, terutama kopi dan teh adalah berbahaya kepada gigi kerana ia mampu mengubah suhu gigi tersebut. Perubahan suhu; dari panas ke sejuk secara berterusan menyebabkan gigi mengembang dan mengecut, membenarkan kesan kotor meresap ke gigi. Pengurangan pengambilan bahan yang boleh menyebabkan kesan kotor boleh mengekalkan senyuman menawan. Berjumpa dengan doktor gigi jika memerlukan pendapat dan nasihat.
Mouthguard mampu mengelakkan sebarang kecederaan di muka dan gigi. Mouthguard biasanya digunakan apabila bersuan. Mouthguard yang disesuaikan dengan mulut anda adalah jenis paling berkesan. Dapatkan nasihat doktor pergigian berkenaan mouthguard. Mouthguard pakai buang juga boleh dibeli dari kedai sukan. Ia adalah murah tetapi kurang berkesan. Penjagaan mouthguard temasukklah membilas setiap kali selepas guna. Dengan penjagaan sempurna, ia mampu bertahan selama beberapa bulan.
Kajian menunjukkan kaitan antara diabetes dan penyakit gusi. Orang yang menghidapi diabetes lebih mudah menghidapi penyakit gusi. Pastikan anda mendapat pemeriksaan berkala. Jika keadaan seperti mulut kering atau gusi berdarah berlaku, pastikan doktor gigi anda dimaklumkan. Jangan lupa juga memberitahu sebarang perubahan dalam ubatan yang diambil.
Kebanyakan wanita yang mengandung mengalami gejala yang dipanggil pregnancy gingivitis. Keadaan ini menyebabkan gusi yang bengkak, berdarah, berwarna kemerah-merahan atau sakit pada gusi tersebut. Keadaan yang lebih serius, dipanggil periodontitis pula mungkin memberi kesan kepada kesihatan bayi. Kajian menunjukkan terdapat kaitan antara penyakit periodontal dan bayi pramatang. Kajian menunjukkan wanita yang mengandung adalah tujuh kali akan melahirkan bayi pramatang. Kebarangkalian terjadinya perkara ini adalah keranan bahan kimia yang menggalakkan bersalin yang dihasilakn oleh bakteria yang menyebabkan penyakit gusi.
Terdapat beberapa keadaan yang memerlukan premedication dengan antibiotik sebelum rawatan pegigian dilakukan. Ia adalah untuk mengelak sebarang kesan buruk dan jangkitan yang mungkin berlaku akibat bakteria yang memasuki darah semasa rawatan. Nasihat doktor pergigian perlu dirujuk sebelum rawatan.
Kemoterapi dan radiasi boleh menyebabkan beberapa masalah dengan mulut, termasuklah Adalah amat susah bagi mengawal perkara berikut semassa menjalani rawatan kerana sistem imunisasi terjejas kerana rawatan. Terdapat pencuci mulut yang boleh dipreskripsi untuk mengelakkan ketidakselesaan semasa rawatan. Amat penting untuk berjumpa doktor gigi sebelum memulakan rawatan dan meneruskan rawatan susulan.
Melawat doktor gigi lebih dari sekadar memeriksa gigi. Walaupon pesakit yang menggunakan gfigi palsu tidak lagi perlu risau tentang gigi berlubang, masalah gigi palsu masih perlu dilihat. Pengesanan kanser dan penukaran gigi palsu juga boleh dilaksanakan. Gigi palsu perlu dilakukan di klinik pergigian dan bukan dilakukan oleh pihak lain yang tidak bertanggungjawab.