Soalan Lazim Karier

 

KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PERGIGIAN

Urusan kenaikan pangkat dikendalikan oleh Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan Malaysia

Mulai tahun 2010, Y.A.B Perdana Menteri telah mengumumkan penambahbaikan laluan kerjaya Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi di Kementerian Kesihatan Malaysia yang mempercepatkan tempoh kenaikan pangkat.

Tempoh kenaikan pangkat bagi Pegawai Pergigian Gred U41 ke Gred U54 adalah 12 tahun manakala tempoh kenaikan pangkat bagi Pegawai Pergigian Pakar Gred U41 ke Gred U54 adalah 9 tahun.

  • Bagi Pegawai Pergigian, perlu berada di sesuatu gred selama tempoh tertentu atau tertakluk kepada kekosongan jawatan mana yang lebih awal;

Keputusan kenaikan pangkat adalah tertakluk kepada perakuan Lembaga Kenaikan Pangkat, KKM;Bagi Pegawai Pergigian Pakar, perlu berada di sesuatu gred selama tempoh tertentu atau tertakluk kepada kekosongan jawatan mana yang lebih awal

  • Bagi Pegawai Pergigian, kenaikan pangkat dari Gred 54 ke Gred Utama C dan ke atas adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan;
  • Bagi Pegawai Pergigian Pakar, kenaikan pangkat daripada Gred 54 ke Gred Khas C dan ke atas adalah berdasarkan kepada perakuan Panel Penilaian Kepakaran, KKM.

Untuk maklumat lanjut mengenai kenaikan pangkat, sila layari: http://humanres.moh.gov.my

 

KEPAKARAN PERGIGIAN YANG DITAWARKAN DAN DIIKTIRAF OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 

Program Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia mengiktiraf bidang-bidang Kepakaran Pergigian seperti di bawah :

  • Bedah Mulut
  • Ortodontik
  • Periodontik
  • Pergigian Pediatrik
  • Patologi dan Perubatan Mulut
  • Pergigian Restoratif
  • Kesihatan Awam Pergigian
  • Pergigian Forensik
  • Pergigian Keperluan Khas

Kementerian Kesihatan Malaysia menawarkan biasiswa kepada pegawai pergigian melalui pemberian Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) setiap tahun bagi melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana / Ph.D / Area Special of Interest. Prosedur permohonan dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia (BPL KKM).  Iklan permohonan cuti belajar dan HLP akan dikeluarkan oleh BPL KKM dan diedarkan ke seluruh negara. Permohonan boleh dibuat secara atas talian menerusi Sistem Permohonan eHLP.

Syarat-syarat asas permohonan yang perlu dipatuhi pegawai adalah seperti berikut :

  • Permohonan kursus Sarjana Pergigian Klinikal dalam negara yang mempunyai kelulusan / kelayakan tambahan seperti MFDS / MJDF / MOrth / FRACDS / Basic Medical Science (BMS) akan diberi keutamaan.
  • Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan tetap;
  • Pada tahun permohonan, calon berumur tidak melebihi 45 tahun bagi pengajian peringkat Ijazah Kedoktoran (Ph.D) dan tidak melebihi 50 tahun bagi kursus peringkat Sarjana / Area of Special Interest;
  • Telah berkhidmat sekurang-kurangnya selama tiga (3) tahun (pada tarikh tutup permohonan)
  • Telah disahkan dalam perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan;
  • Mempunyai prestasi cemerlang dengan purata markah Laporan Penilaian Prestasi tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terakhir berturut-turut tidak kurang daripada 85% (penilaian genap 12 bulan bagi setiap tahun);
  • Tidak pernah menerima sebarang tajaan Kerajaan Malaysia bagi peringkat yang sama;
  • Tidak pernah gagal atau menarik diri daripada sebarang kursus yang mendapat tajaan daripada Kerajaan Malaysia sebelum ini;
  • Tidak pernah menolak tawaran kursus Sarjana / PhD / Area of Special Interest yang ditawarkan di dalam tempoh dua (2) tahun yang lepas;
  • Bersih daripada sebarang pertuduhan / tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan mahkamah;
  • Bebas daripada penyakit yang boleh menjejaskan keupayaan untuk mengamalkan perubatan (unfit to practice) dari segi fizikal dan mental seperti yang terkandung didalam Akta Perubatan 1971;
  • Masih belum mendapat tempat di mana-mana institusi pengajian tinggi di dalam negara atau telah mendapat tempat pengajian tetapi belum memulakan pengajian di mana-mana institusi pengajian tinggi di dalam negara;
  • Pegawai yang telah diluluskan tawaran Cuti Belajar Tanpa Biasiswa HLP tidak layak memohon tawaran Cuti Belajar Dengan HLP;
  • Menyediakan Salinan Kertas Cadangan Penyelidikan yang lengkap dan hendaklah dikemukakan bersama-sama dengan borang permohonan; dan
  • Semua permohonan yang dikemukakan hendaklah mematuhi prinsip-prinsip asas yang dinyatakan dalam Garis Panduan Kemudahan Cuti Belajar Kepada Pegawai Awam Yang Mengikuti Kursus Jangka Sederhana Dan Kursus Jangka Panjang Secara Sepenuh Masa.

Selain daripada syarat-syarat di atas, pegawai perlu mematuhi syarat-syarat tambahan seperti berikut :

  • Permohonan kursus Sarjana Pergigian Klinikal dalam negara yang mempunyai kelulusan / kelayakan tambahan seperti MFDS / MJDF / MOrth / FRACDS / Basic Medical Science (BMS) akan diberi keutamaan.
  • Permohonan kursus dalam negara yang mempunyai kelulusan ujian IELTS dengan markah minimum 6.0 akan diberi keutamaan.
  • Calon telah berkhidmat sekurang-kurangnya genap empat (4) tahun dari tarikh lantikan hingga tarikh tutup permohonan.
  • Calon hanya boleh memohon kursus yang telah tersenarai sahaja untuk pertimbangan program pergigian.
  • Calon perlu melepasi proses saringan temuduga yang dijalankan untuk memastikan mempunyai :
  • Sikap dan personaliti yang bersesuaian dan cemerlang sebagai seorang Pakar Pergigian;
  • Kemahiran insaniah (soft skills), tahap keyakinan diri yang tinggi dan berdedikasi;
  • Minat dan inisiatif tinggi dalam bidang kepakaran yang dimohon;
  • Pengetahuan am yang tinggi dan peka terhadap situasi semasa; dan
  • Berkebolehan dan mampu berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.

Perincian syarat-syarat permohonan mungkin berubah setiap tahun. Pastikan anda meneliti syarat-syarat permohonan sebelum anda memohon.

Semua permohonan akan disenarai pendek dan hanya pemohon yang memenuhi syarat-syarat seperti yang diiklankan dipanggil untuk menjalani sesi temuduga. 

Tidak. Mereka perlu menjalani tempoh pra-pewartaan di bawah seliaan pakar-pakar yang dilantik dan diwartakan sebelum mereka boleh digelar sebagai pakar. Tempoh pra-pewartaan pegawai adalah seperti berikut :

  • Enam (6) bulan bagi pegawai yang telah menjalani tempoh pengajian selama empat (4) tahun
  • Satu (1) tahun tempoh latihan [bagi melengkapkan empat (4) tahun latihan] dan enam (6) bulan tempoh pra-pewartaan bagi pegawai yang mengikuti pengajian selama tiga (3) tahun.

Pakar pergigian klinikal yang telah diwartakan mempunyai peluang yang lebih baik mendapat kenaikan pangkat secara tempoh perkhidmatan (time based promotion) ke gred yang lebih tinggi dengan cepat berbanding pegawai pergigian bukan pakar. Terdapat tambahan gred iaitu Gred 56 telah diwujudkan sebagai laluan kerjaya pakar.

 

PERTUKARAN PENEMPATAN 

Pegawai Pergigian Tahun Pertama (FYDOs) dikehendaki untuk menamatkan latihan FYDO dan penempatan di negeri pada tahun kedua mereka sebelum mereka boleh ditukarkan ke negeri lain.

Terdapat dua prosedur.
Bagi pertukaran dalaman: Sila rujuk Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah anda untuk maklumat lanjut.


Bagi pertukaran ke luar negeri:


i-   Isikan borang pertukaran. Anda boleh mendapatkan borang ini dari Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah anda.
ii-  Serahkan kepada Pegawai Pergigian Daerah anda (SDO) bersama-sama dengan dokumen-dokumen sokongan. cth: sijil perkahwinan, 

     rekod perubatan (jika ada)
iii- SDO anda akan mengemukakan permohonan anda kepada Timbalan Pengarah Kesihatan(Pergigian) Negeri anda.
iv- Semua permohonan pertukaran disalurkan kepada:

 

Ketua Setiausaha,
Bahagian Sumber Manusia,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Unit Pengurusan & Profesional,
Aras 9 & 10, Blok E7, Kompleks E, Presint 1,
62590 Putrajaya.

dan satu salinan kepada:

Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian
Program Kesihatan Pergigian
Aras 5, Blok E10, Kompleks E, Presint 1
62590 Putrajaya

Semua permohonan untuk pertukaran dari satu negeri ke negeri yang lain akan dibawa ke mesyuarat yang dijalankan secara berkala setiap selang 3 bulan. Jika permohonan itu diluluskan, surat akan dikeluarkan kepada anda oleh Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan Malaysia. Tarikh kuat kuasa pertukaran akan dinyatakan pada surat pertukaran anda.

Tempoh sahlaku permohonan pertukaran adalah 3 tahun. Anda perlu memohon semula selepas tamat tempoh sahlaku. 

Anda boleh mengemukakan surat pembatalan kepada Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui saluran tertentu seperti permohonan pertukaran.  

Sila hubungi Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan Malaysia untuk maklumat lanjut atau layari http://humanres.moh.gov.my

 

820354
Hari ini
Semalam
Minggu ini
Minggu lepas
Bulan ini
Bulan-bulan sebelum
Jumlah
351
568
351
814863
19163
15830
820354

Your IP: 3.237.32.15
2023-05-29 03:00
 
Hubungi kami Media Sosial  

Program Kesihatan Pergigian 

Aras 5, Blok E10, Kompleks E,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62590 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Malaysia

Tel : 03-8883 4215

Faks : 03-8888 6133

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PENAFIAN: Program Kesihatan Pergigian tidak akan

bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang

diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

 

 

Tarikh kemaskini : 7 Oktober 2022

 

Hakcipta Terpelihara © 2012 - 2022, Program Kesihatan Pergigian, KKM

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Sitemap | Bantuan