Perkhidmatan Pesakit Luar
![]() |
Program kesihatan pergigian untuk orang dewasa disediakan atas berdasarkan permintaan. Kes-kes kompleks dirujuk kepada pakar pergigian untuk rawatan lanjut. Perkhidmatan pesakit luar menyediakan perkhidmatan bagi golongan kurang bernasib baik dalam merealisasikan objektif perkhidmatan untuk meningkatkan status kesihatan pergigian penduduk. Kira-kira satu perempat daripada jumlah penduduk Malaysia menggunakan perkhidmatan pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).