1.0 Pengenalan Eksa
![]() |
Dasar EKSA IPKKM
Amalan EKSA menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti kerja, perkhidmatan dan produktiviti melalui persekitaran kerja yang mesra, bersih, sihat, kondusif dan selamat.
Objektif Amalan EKSA IPKKM
![]() |
Mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, bersih, kemas dan selesa pada setiap masa. |
![]() |
Membantu meningkatkan disiplin diri, kreativiti dan semangat kerja berpasukan di kalangan warga IPKKM. |
![]() |
Membantu meningkatkan tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan. |
![]() |
Mewujudkan budaya kerja yang ceria dan efektif. |
Garis Panduan EKSA
![]() |
1.1 Garis Panduan Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) - Versi 2/2017 |
![]() |
|
![]() |
1.3 Wallpaper & Screen Saver |
![]() |
Logo EKSA
BULATAN
Bentuk bulat menggambarkan perpaduan yang kukuh dan komited di kalangan warga KKM dengan menitikberatkan semangat kerjasama dan berpasukan tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan pangkat dalam memastikan Amalan EKSA sebagai budaya kerja.
AKRONIM EKSA
Simbolik kepada makna Ekosistem Kondusif Sektor Awam secara amnya.
LOGO KKM
Merupakan imej korporat KKM dan secara tidak langsung merupakan penegasan nahawa logo ini adalah hak cipta KKM.
SISIH SUSUN SAPU SERAGAM SENTIASA AMAL
Indikator kepada amalan 5S secara amnya.
Biru |
Melambangkan warna berpestij yang setiasa bertenaga, yakin, segar, bersemangat dan berkarisma. Ia juga simbolik kepada komitmen dan kepercayaan warga KKM dalam memastikan kejayaan Amalan EKSA. Alunan dua tona biru melambangkan kejayaan dan kekuatan semangat jitu warga KKM bagi merealisasikan pencapaian EKSA. |
Hitam |
Tulisan slogan berwarna putih dikelilingi warna hitam (black stroke) merupakan simbolik kepada sikap professional warga KKM. |
Putih
|
Dua garisan bulatan yang mengelilingi logo memberi erti keteguhan, ketelusan dan kewibawaan dalam memberi perkhidmatan yang terbaik. Manakala tulisan berwarna putih adalah lambang kesempurnaan, kebersihan dan keselesaan yang diamalkan oleh warga KKM. |
Merah |
Melambangkan komitmen anggota KKM dalam melaksanakan dan menjayakan amalan EKSA |