Ini adalah Klinik Pergigian (KP) yang terletak di dalam bangunan hospital. Fasiliti ini menyediakan perkhidmatan Kepakaran Pergigian (Hospital Based) seperti Bedah Mulut, Pergigian Pediatrik, Patologi Mulut & Perubatan Mulut, Pergigian Keperluan Khas dan Pergigian Forensik.
Manakala khusus di Sabah dan Sarawak, terdapat Klinik Pergigian Primer di hospital seperti Klinik Pergigian Hospital Kota Belud.