{"id":3012,"date":"2026-10-22T01:00:31","date_gmt":"2026-10-22T01:00:31","guid":{"rendered":"https:\/\/hq.moh.gov.my\/medicaldev\/ckpp\/?p=3012"},"modified":"2026-10-22T01:00:31","modified_gmt":"2026-10-22T01:00:31","slug":"seminar-sempena-sambutan-hari-keselamatan-pesakit-sedunia-2026-peringkat-kebangsaan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/hq.moh.gov.my\/medicaldev\/ckpp\/2026\/10\/22\/seminar-sempena-sambutan-hari-keselamatan-pesakit-sedunia-2026-peringkat-kebangsaan\/","title":{"rendered":"SEMINAR SEMPENA SAMBUTAN HARI KESELAMATAN PESAKIT SEDUNIA 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Unit Pengurusan Risiko Pesakit (PRiMU), Bahagian Perkembangan Perubatan, dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) dan Malaysian Medical Association (MMA) Selangor, telah berjaya menganjurkan Seminar Hari Keselamatan Pesakit Sedunia 2026 Peringkat Kebangsaan pada 17 September 2026 bertempat di Hospital Shah Alam, Selangor.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hari Keselamatan Pesakit Sedunia atau World Patient Safety Day (WPSD) disambut pada 17 September setiap tahun sebagai platform untuk meningkatkan kesedaran serta memperkukuh tindakan bersama ke arah penyampaian perkhidmatan kesihatan yang lebih selamat. Sambutan pada tahun ini membawa tema \u201cSafe Care for Noncommunicable Diseases\u201d dengan slogan \u201cSafe Care for Life!\u201d, yang memberi penekanan kepada kepentingan penjagaan yang selamat dan berkualiti sepanjang kesinambungan penjagaan pesakit dengan penyakit tidak berjangkit (NCD).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr Mahathar bin Abd Wahab, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, dan turut dihadiri oleh YBhg. Dato\u2019 Dr Mohd Azman bin Yacob, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan); Dr Ummi Kalthom binti Shamsudin, Pengarah Kesihatan Negeri Selangor; Dr Sivanaesan Letchumanan (Presiden MMA), Pengarah Kesihatan Negeri, Pengarah Hospital, Pegawai Kesihatan Daerah, Pegawai Kesihatan Pergigian Daerah serta wakil daripada pelbagai fasiliti kesihatan di seluruh negara.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sambutan yang menggalakkan di mana seramai 237 peserta telah hadir secara fizikal, manakala 4964 peserta lagi telah mengikuti seminar secara dalam talian, mencerminkan penglibatan dan komitmen bersama dalam memperkukuh agenda keselamatan pesakit di seluruh negara.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Salah satu acara pada sambutan tahun ini ialah pelancaran Garis Panduan Berkhatan Malaysia. Berkhatan merupakan antara prosedur pembedahan minor yang kerap dilakukan, khususnya dalam kalangan kanak-kanak. Justeru, pelaksanaan prosedur berkhatan secara selamat dan seragam merupakan satu aspek penting dalam usaha memperkukuh keselamatan pesakit. Garis panduan ini bertujuan menyediakan panduan yang lebih tersusun dan seragam kepada pengamal perubatan dalam pelaksanaan prosedur berkhatan yang selamat, termasuk penilaian pesakit yang bersesuaian, amalan prosedur yang selamat, pengenalpastian dan pengurusan komplikasi serta penjagaan susulan. Ianya menjadi bahan rujukan dalam pelaksanaan prosedur berkhatan di fasiliti kesihatan awam dan swasta, sekali gus membantu mengurangkan variasi dalam amalan serta meminimumkan risiko kesilapan dan komplikasi yang boleh dicegah di kalangan kanak-kanak.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Seminar ini telah melibatkan pakar daripada pelbagai disiplin yang berkongsi ilmu dan pengalaman berkaitan aspek penting keselamatan pesakit termasuk keselamatan dalam penjagaan NCD, keselamatan diagnostik, pencegahan NCD melalui penjagaan kesihatan primer, keselamatan pengubatan dan polifarmasi, keselamatan transisi penjagaan serta peranan jururawat dalam memperkukuh perjalanan penjagaan pesakit NCD. Program turut menampilkan wacana panel multidisiplin bertajuk \u201cSafe Care for Life \u2013 Building an Integrated NCD Patient Safety Ecosystem\u201d, yang menghimpunkan pelbagai perspektif dalam usaha membentuk ekosistem penjagaan NCD yang lebih selamat dan bersepadu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sambutan turut dimeriahkan dengan reruai pameran dan aktiviti kesedaran berkaitan keselamatan pesakit, pencegahan dan pengurusan NCD, keselamatan prosedur berkhatan serta pelbagai inisiatif penjagaan kesihatan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hari Keselamatan Pesakit Sedunia 2026 mengingatkan kita bahawa keselamatan pesakit bukan hanya terhad kepada satu episod rawatan atau satu fasiliti kesihatan. Penjagaan yang selamat perlu mengiringi setiap pesakit pada setiap peringkat kehidupan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Safe Care for Noncommunicable Diseases: Safe Care for Life!<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-is-layout-8f761849 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" width=\"832\" height=\"851\" src=\"https:\/\/hq.moh.gov.my\/medicaldev\/ckpp\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/wpsd1.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-3013\" srcset=\"https:\/\/hq.moh.gov.my\/medicaldev\/ckpp\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/wpsd1.jpg 832w, https:\/\/hq.moh.gov.my\/medicaldev\/ckpp\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/wpsd1-293x300.jpg 293w, https:\/\/hq.moh.gov.my\/medicaldev\/ckpp\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/wpsd1-768x786.jpg 768w, https:\/\/hq.moh.gov.my\/medicaldev\/ckpp\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/wpsd1-196x200.jpg 196w\" sizes=\"(max-width: 832px) 100vw, 832px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"766\" src=\"https:\/\/hq.moh.gov.my\/medicaldev\/ckpp\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/wpsd2-1024x766.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-3014\" srcset=\"https:\/\/hq.moh.gov.my\/medicaldev\/ckpp\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/wpsd2-1024x766.jpg 1024w, https:\/\/hq.moh.gov.my\/medicaldev\/ckpp\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/wpsd2-300x224.jpg 300w, https:\/\/hq.moh.gov.my\/medicaldev\/ckpp\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/wpsd2-768x574.jpg 768w, https:\/\/hq.moh.gov.my\/medicaldev\/ckpp\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/wpsd2-267x200.jpg 267w, https:\/\/hq.moh.gov.my\/medicaldev\/ckpp\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/wpsd2.jpg 1273w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"682\" src=\"https:\/\/hq.moh.gov.my\/medicaldev\/ckpp\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/wpsd3-1024x682.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-3015\" srcset=\"https:\/\/hq.moh.gov.my\/medicaldev\/ckpp\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/wpsd3-1024x682.jpg 1024w, https:\/\/hq.moh.gov.my\/medicaldev\/ckpp\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/wpsd3-300x200.jpg 300w, https:\/\/hq.moh.gov.my\/medicaldev\/ckpp\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/wpsd3-768x511.jpg 768w, https:\/\/hq.moh.gov.my\/medicaldev\/ckpp\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/wpsd3.jpg 1499w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Unit Pengurusan Risiko Pesakit (PRiMU), Bahagian Perkembangan Perubatan, dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) dan Malaysian Medical Association (MMA) Selangor, telah berjaya menganjurkan Seminar Hari Keselamatan Pesakit Sedunia 2026 Peringkat Kebangsaan pada 17 September 2026 bertempat di Hospital Shah Alam, Selangor. Hari Keselamatan Pesakit &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":339,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[52],"tags":[],"class_list":["post-3012","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-seminar"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/hq.moh.gov.my\/medicaldev\/ckpp\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3012","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/hq.moh.gov.my\/medicaldev\/ckpp\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/hq.moh.gov.my\/medicaldev\/ckpp\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/hq.moh.gov.my\/medicaldev\/ckpp\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/hq.moh.gov.my\/medicaldev\/ckpp\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3012"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/hq.moh.gov.my\/medicaldev\/ckpp\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3012\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3016,"href":"https:\/\/hq.moh.gov.my\/medicaldev\/ckpp\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3012\/revisions\/3016"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/hq.moh.gov.my\/medicaldev\/ckpp\/wp-json\/wp\/v2\/media\/339"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/hq.moh.gov.my\/medicaldev\/ckpp\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3012"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/hq.moh.gov.my\/medicaldev\/ckpp\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3012"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/hq.moh.gov.my\/medicaldev\/ckpp\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3012"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}