APAKAH ITU PSP?
Paralytic Shellfish Poisoning atau nama ringkasnya PSP adalah penyakit bawaan makanan yang berpunca dari makanan laut yang terdedah dengan biotoksin marin Paralytic Shellfish Toxin (PST) yang dihasilkan oleh beberapa speisis alga mikroskopik. Pertumbuhan alga ini boleh dipengaruhi oleh suhu, cahaya matahari, nutrien serta aktiviti perkapalan di kawasan tersebut.
BAGAIMANAKAH MAKANAN LAUT SEPERTI KUPANG DAN KERANG BOLEH MENGANDUNGI TOKSIN INI?
Biotoxin producing algae memang kebiasaannya hadir dalam air laut dalam kuantiti yang rendah dan tidak menyebabkan bahaya. Namun apabila berlaku fenomena ‘algae blooms’, bilangan alga akan meningkat dan menjadi sumber makanan yang banyak kepada kupang dan kerang. Semakin banyak alga yang dimakan, semakin banyak biotoksin akan berkumpul dalam kupang dan kerang tersebut.
Biotoksin ini tidak akan membahayakan kupang dan kerang kerana ia akan mengeluarkan toksin secara semulajadi apabila algae bloom telah turun ke paras normal. Proses ini boleh mengambil masa beberapa bulan atau masa yang lebih lama. Dalam keadaan ini, pengambilan kupang dan kerang dari kawasan perairan tersebut adalah tidak selamat.
ADAKAH TOKSIN INI BERBAHAYA KEPADA MANUSIA?
Memakan kupang dan kerang yang telah tercemar dengan toksin ini adalah berbahaya kepada kesihatan kerana ia boleh menyebabkan keracunan toksin
APAKAH GEJALA-GEJALA PSP?
Pesakit boleh mengalami gejala yang ringan seperti Cirit Birit, Mual, Muntah dan Pening sehinggalah gejala yang lebih serius seperti Hilang Keseimbangan, Gangguan Pernafasan dan Lumpuh. Mana-mana individu yang mengalami gejala-gejala ini dan mempunyai sejarah memakan kupang dan kerang dinasihatkan ke hospital dan fasiliti kesihatan terdekat dengan kadar segera.
PESANAN KEPADA ORANG RAMAIOrang ramai diminta untuk tidak mengambil atau membeli kupang dan kerang dari perairan Port Dickson sehingga dimaklumkan oleh pihak berkuasa. Kupang dan kerang yang telah dibeli atau diperolehi dalam tempoh ini hendaklah dibuang kerana toksin di dalam kupang dan kerang itu tidak akan musnah walaupun dimasak atau disejukbeku