ASPARTAM

  I-MAS  KIMIA

ASPARTAM: SELAMAT KE?

APA ITU ASPARTAM?

Aspartam merupakan pemanis tiruan berkalori rendah dan memberi rasa 200 kali lebih manis dari gula. Ianya sering digunakan sebagai pengganti gula dalam produk minuman berkarbonat berkalori rendah dan juga produk-produk makanan lain seperti yogurt dan konfeksi.

KESAN KEPADA KESIHATAN MANUSIA

Laporan Penilaian Kesan Kesihatan ke atas aspartam telah dikeluarkan oleh International Agency for Research on Cancer (IARC) dan WHO/FAO Joint Expert Committee on Food Additives (JECFA) pada 14 Julai 2023.

Melalui laporan tersebut, IARC telah mengklasifikasikan aspartam sebagai possibly carcinogenic to humans (Group 2B) terutamanya hepatocellular carcinoma (sejenis kanser hati) berdasarkan bukti saintifik yang terhad. 

JECFA bagaimanapun telah mengekalkan Acceptable Daily Intake (ADI) iaitu paras pengambilan harian aspartame sebanyak 40 mg/kg.bw. JECFA juga turut mengesahkan pengambilan aspartam di bawah paras yang ditetapkan ini adalah selamat.

Sebagai contoh: satu tin minuman berkarbonat berkalori rendah mengandungi 200 hingga 300 mg aspartam. Orang dewasa dengan berat badan 70 kg perlu mengambil sebanyak 9 hingga14 tin sehari untuk mencapai ADI tersebut dengan mengambil kira tiada pengambilan makanan lain yang mengandungi aspartam.

Populasi berisiko seperti penghidap penyakit genetic disease phenylketonuria (PKU) dan wanita hamil yang menghidap hyperphenylalanine (paras asid amino phenylalanine yang tinggi dalam darah) akan menghadapi masalah dalam pengambilan aspartame. Ini kerana badan mereka tidak dapat mencerna asid amino phenylalanine dengan berkesan. Asid amino ini merupakan salah satu daripada komponen aspartam. Tahap asid amino yang tinggi dalam badan boleh menyebabkan kerosakan otak.

KAWALAN PENGGUNAAN ASPARTAM

Di Malaysia, penggunaan aspartam adalah dibenarkan di bawah Peraturan 134, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan telah diselaraskan dengan standard makanan antarabangsa.

PESANAN KEPADA PENGGUNA

RUJUKAN:

  1. Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985
  2. World Health Organization (2023). Aspartam hazard and risk assessment results released https://www.who.int/news/item/14-07-2023-aspartame-hazard-and-risk-assessment-results-released
  3. S Department of Health and Human Services (2002). Is aspartame safe?https://www.hhs.gov/answers/public-health-and-safety/is-aspartame-safe/index.html

Disediakan oleh:

Kasumawaty binti Sudin

Program Keselamatan dan Kualiti Makanan

Kementerian Kesihatan Malaysia

Mac 2024