Portal Rasmi
BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA​

FAQ Perjawatan

Aktiviti adalah satu operasi yang khusus di dalam sesebuah program yang bersama-sama dengan aktiviti-aktiviti yang lain di bawah program yang sama dapat membantu mencapai matlamat program berkenaan.

Program adalah sekumpulan aktiviti yang saling berkaitan dan bantu membantu di antara satu dengan lain kepada pencapaian sesuatu tujuan program itu. Sesebuah organisasi itu mungkin mengandungi satu atau lebih program dan tujuan tiap-tiap program itu adalah tidak serupa tetapi ia saling menyumbang kepada satu tujuan sesebuah organisasi itu.

A detailed answer to provide information about your business, build trust with potential clients, and help convince the visitor that you are a good fit for them.

Unit Perjawatan BSM

03-88832636/2678/2682

FAQ Skim & Elaun - Persatuan & Kesatuan

Persatuan

(i) Bagi penubuhan Persatuan, pendaftaran perlu dilakukan melalui Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM). Maklumat berhubung prosedur pendaftaran Persatuan boleh didapati di pautan berikut http://www.ros.gov.my/content.php?ida=PER-20080310160340
(ii) Setelah berdaftar, pihak Persatuan perlu mengemukakan salinan surat kelulusan penubuhan Persatuan tersebut kepada Unit Skim, Saraan dan Hubungan Pekerja, Bahagian Sumber Manusia untuk makluman dan rekod Kementerian.

Kesatuan
(i) Bagi penubuhan Persatuan, pendaftaran perlu dilakukan melalui Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, Kementerian Sumber Manusia. Maklumat berhubung prosedur pendaftaran Persatuan boleh didapati di pautan berikut
http://www.mohr.gov.my/index.php?opti … id=173&Itemid=558&lang=my
(ii) Setelah berdaftar, pihak Kesatuan Sekerja perlu mengemukakan salinan surat kelulusan penubuhan Kesatuan Sekerja tersebut kepada Unit Skim, Saraan dan Hubungan Pekerja, Bahagian Sumber Manusia untuk makluman dan rekod Kementerian.

Rujukan bertulis mengenai Elaun dan Kemudahan bagi anggota KKM boleh didapati di pautan berikut www.moh.gov.my

Unit Skim Saraan & Pekerja (SSP) BSM

03-88832702/2931/3711

FAQ Naik Pangkat Pelaksana (NPS)

• Kebiasaannya keputusan dikeluarkan dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh tutup permohonan.
• Keputusan permohonan bagi calon berjaya akan dikeluarkan melalui Jabatan Kesihatan Negeri (JKN)/ Ketua Jabatan masing-masing atau boleh disemak secara online di ruangan Semakan Kerjaya di Portal Rasmi KKM.
• Keputusan juga boleh disemak melalui semakan Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai KKM di ruangan Warga KKM di Portal Rasmi KKM.

Dasar yang digunapakai oleh KKM adalah terkandung di dalam peraturan–peraturan seperti berikut:
1. Peraturan-peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam 2010 / P.U.(A) 75/2010; dan
2. Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 / P.U.(A) 176/2005
Selain daripada peraturan-peraturan tersebut, Pekeliling Perkhidmatan, Surat Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Edaran yang berkenaan juga boleh dirujuk seperti jadual berikut:
1 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 13 Tahun 2010
-Pemansuhan Penilaian Tahap Kecekapan
2 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 2010
-Panduan Pengurusan Pemangkuan Dan Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Awam
3 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2009
-Dasar Kenaikan Pangkat Bagi Pegawai Yang Sedang Disiasat Dan Telah Dikenakan Hukuman Tatatertib
4 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 14 Tahun 2007
-Kaedah Penetapan Gaji Permulaan Dan Pelarasan Gaji Kenaikan Pangkat
5 Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2009
-Kesan Ke Atas Perkhidmatan Bagi Pegawai Yang Diluluskan Cuti Bergaji Penuh, Cuti Separuh Gaji dan Cuti Tanpa Gaji
6 Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2009
-Borang Laporan Penilaian Prestasi Khas Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam
7 Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 2008
-Kaedah Pelarasan Gaji Kenaikan Pangkat Dengan Elaun Pemangkuan
8 Surat Edaran JPA(S)NP.134/1/KLT.21(42) Bertarikh 15 Jun 2010
-Pengecualian Syarat Lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) Untuk Urusan Pemangkuan Pegawai Penyelidik
9 Surat Edaran JPA(S)K256/6/27 Klt. 2/s.k 2(4) Bertarikh 3 Julai 2009
-Penetapan Wajaran Markah Prestasi Bagi Urusan Pemangkuan/ Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Awam
10 Surat Edaran JPA(S)NP.134/1 KLT.18(4) Bertarikh 4 November 2008
-Penamatan Pemangkuan Kepada Pegawai Yang Memangku Melebihi DUA (2) Tahun Yang Tidak Lulus Penilaian Tahap Kecekapan
11 Surat Edaran JPA(S)NP.134/KLT.16/S.K(3) Bertarikh 24 Mac 2008
-Panduan Kriteria Penilaian Penyelidik Bagi Pegawai Penyelidik
12 Surat Edaran JPA.SULIT.NP.134/1/KLT.14/(27) Bertarikh 19 Julai 2007
-Kriteria Kenaikan Pangkat Dan Pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Awam

TIDAK BOLEH. Adalah menjadi satu kesalahan menggunakan sokongan/ pengaruh luar berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan pegawai boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Unit Naik Pangkat Pelaksana (NPS) BSM

03-88832741/3861/2330

FAQ Naik Pangkat Pengurusan & Profesional (NPP)

Selaras dengan Perkara 23,Peraturan-peraturan Lemabaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam 2010 / P.U. (A) 75/2010, mana-mana pegawai yang dipertimbangkan dalam sesuatu urusan pemangkuan atau kenaikan pangkat dan terkilan dengan keputusan Lembaga boleh membuat rayuan kepada Lembaga Rayuan yang berkenaan. Dokumen-dokumen yang diperlukan bagi rayuan tersebut adalah seperti berikut:

a) Kenyataan Perkhidmatan – 4 salinan;
b) Surat Rayuan Individu – 4 salinan; dan
c) Format 13 – 4 salinan.

Dokumen-dokumen tersebut hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan sebelum dipanjangkan kepada Bahagian Sumber Manusia, KKM untuk tindakan lanjut

Mulai 9 Mac 2010, Kerajaan telah bersetuju supaya urusan kenaikan pangkat bagi Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi di KKM dilaksanakan berdasarkan kepada laluan kerjaya yang telah dipersetujui mengikut tempoh berkhidmat pegawai di atas sesuatu gred dalam skim perkhidmatan yang sama.

Piagam Pelanggan Bahagian Sumber Manusia, KKM telah menetapkan bahawa perakuan pemangkuan / kenaikan pangkat bagi jawatan Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) dikemukakan kepada Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam di JPA dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh surat edaran urusan atau iklan ditutup.

Selaras dengan Perkara 38, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 / P.U. (A) 176/2005, seseorang pegawai hanya boleh dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat jika pegawai itu telah mematuhi semua syarat yang dinyatakan dalam skim perkhidmatannya dan jika terdapat kekosongan dalam jawatan kenaikan pangkat itu, melainkan jika skim perkhidmatan memperuntukkan selainnya.

Pertimbangan sesuatu urusan pemangkuan adalah berasakan merit. Ini adalah selaras dengan Perkara 17 di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil 7 Tahun 2010 (Panduan Pengurusan Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat dalam Perkhidmatan Awam).

Dalam mempertimbangkan merit seseorang pegawai, Lembaga Kenaikan Pangkat mengambilkira:
a) Kecekapan dan prestasi kerja pegawai;
b) Kelayakan, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pegawai;
c) Sifat-sifat peribadi, termasuk kesesuaiannya dengan jawatan kenaikan pangkat, keutuhan, potensi dan kepimpinan pegawai; dan
d) Kegiatan luar dan sumbangan pegawai kepada masyarakat dan Negara.

Unit Naik Pangkat Pelaksana (NPP) BSM

Urusan Pegawai Farmasi 03-8883 2801

Urusan Pegawai Perubatan 03-8883 2801/2754/3342/2492

FAQ Naik Pangkat Secara Time-Based Kecemerlangan (TBK) 13 Tahun

  • Pegawai yang ingin menolak kenaikan pangkat secara TBK dikehendaki mengemukakan notis penolakan dalam tempoh 30 hari dari tarikh pegawai terima surat penyiaran kenaikan pangkat.
  • Pegawai tidak layak dipertimbangkan kenaikan pangkat dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh notis penolakan.
  • Pertimbangan semula pegawai adalah tertakluk kepada pegawai mengemukakan permohonan rasmi melalui Ketua Jabatan dan memenuhi syarat-syarat TBK 13 Tahun yang sedang berkuat kuasa.

Pada masa ini, tiada mekanisme untuk pegawai menolak kenaikan pangkat secara TBK 13 Tahun. Pertimbangan ini merupakan dasar semasa Kerajaan yang terpakai ke atas pegawai berkenaan.

Keputusan Tidak Berjaya akan disampaikan kepada pegawai. Ketua Jabatan boleh memperakukan kenaikan pangkat TBK 13 Tahun kepada pegawai seperti prosedur di Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2017.

Pegawai boleh memangku dan dinaikkan pangkat ke jawatan berkenaan secara hakiki mulai tarikh diarah memangku atau tarikh pegawai diperakukan kenaikan pangkat secara TBK 13 Tahun, yang mana lebih awal.

Sekiranya pegawai telah menerima kenaikan pangkat secara TBK 13 Tahun sebelum iklan pemangkuan jawatan di gred yang sama disiarkan, pegawai tidak layak memohon untuk urusan pemangkuan bagi jawatan berkenaan. Sekiranya pegawai telah diluluskan sebagai calon Berjaya pemangkuan, keputusan adalah terbatal.

Ketua Jabatan boleh memperakukan pegawai bagi urusan kenaikan pangkat secara TBK 13 Tahun. Sekiranya pegawai diluluskan kenaikan pangkat secara TBK 13 Tahun, status pegawai sebagai calon simpanan dalam urusan pemangkuan adalah terbatal.

  • Pegawai boleh memilih untuk menerima penempatan secara hakiki jika diperaku sebagai calon Berjaya pemangkuan.
  • Pegawai mengisi jawatan kenaikan pangkat berkenaan secara hakiki mulai tarikh di arah memangku tetapi tarikh kenaikan pangkat adalah tarikh pegawai diperakukan kenaikan pangkat secara TBK 13 Tahun.
  • Sekiranya pegawai menolak arahan penempatan secara hakiki berkenaan, pegawai akan kekal di penempatan sedia ada secara KUP berkuatkuasa tarikh kenaikan pangkat pegawai secara TBK 13 Tahun.

Urusan kenaikan pangkat pegawai boleh dibuat segera tanpa perlu memenuhi syarat tempoh pemangkuan. Tarikh kuat kuasa kenaikan pangkat adalah tarikh pemangkuan tertakluk pegawai memenuhi syarat-syarat kenaikan pangkat yang ditetapkan.

Unit Naik Pangkat Pelaksana (NPS) BSM

03-88832741/3861/2330